Skip to main content

Hiburan

Evolusi Zul Ariffin Di Layar Perak, Dari Hero Romantik Ke Watak Ahli Politik Dalam ‘Malam Terlarang’

sredf

Nama aktor Zul Ariffin bukan asing dalam dunia lakonan tanah air. Setiap kali muncul di layar perak, pelakon berusia 39 tahun itu pasti meninggalkan impak, bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga perubahan fizikal yang sering menjadi bualan.

Terbaharu, kemunculan Zul menerusi teaser filem seram Malam Terlarang arahan Nurhanisham Muhammad memperlihatkan sisi berbeza. 

Advertisement

Jika sebelum ini dikenali dengan imej sasa dan tubuh kekar, kali ini Zul tampil dengan fizikal lebih berisi dan matang bagi menghidupkan watak Omar, seorang bapa dan juga ahli politik yang berdepan konflik keluarga serta gangguan makhluk halus.

Perubahan itu turut mencetus perbualan dalam kalangan peminat yang memuji kesungguhan Zul dalam menjiwai peranan.

“Dia nampak lain kali ni, lebih ‘bapa vibe’. 

“Badan pun nampak sesuai dengan peranan,” tulis beberapa pengguna di laman sosial.

Sepanjang kariernya, Zul sememangnya dikenali sebagai antara pelakon lelaki yang rajin menjaga tubuh badan.

dvdfvvf

Jika sebelum ini dia tampil dengan imej atletik dalam Sangkar dan Gerak Khas, kali ini fizikalnya lebih besar dan matang, membawa aura tersendiri dalam filem seram berkenaan.

effer

Antara filem yang pernah memperlihatkan sisi lasak dan versatilnya termasuk:

            •           Hantu Kak Limah (2018)

            •           Misteri Dilaila (2019)

            •           Penunggang Agama (2021)

            •           Talbis Iblis (2022)

            •           Sheriff (2024)

            •           Don Dukun (2024)

            •           Magik Rompak (2025)

csd

Kesemuanya menonjolkan kemampuan Zul menyesuaikan diri dengan pelbagai karakter, daripada imam, pegawai polis, hingga penjahat.

Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), Malam Terlarang turut dibintangi Shasha Abedul sebagai Mawar, Sofea Jane (Sarimah), Sabri Yunus (Mokhtar), Normah Damanhuri (Mak Noni), Haneesya Hanee dan Hasnul Rahmat (Haji Wahid).

dvdv

Naskhah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold Sdn. Bhd itu. itu dijadualkan tayangan pada 30 Oktober ini.

Must-Watch Video

Advertisement