Skip to main content

Hiburan

Erra Fazira & Ezwan Zain Sepakat Jaga Privasi, Tak Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial – “Kalau Ada Kecil Hati Atau Terasa…”

Astro Gempak 348

Sekilas

  • Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain, sepakat untuk tidak berkongsi masalah rumah tangga atau perasaan negatif di media sosial demi menjaga privasi.
  • Erra lebih selesa berkongsi perkara positif sahaja di media sosial dan mengelak daripada menyebarkan cerita negatif.
  • Momen Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi Erra apabila dapat bersalaman dan bermaafan dengan suami serta anak-anak selepas lama tidak berbuat demikian.

Demi menjaga privasi, pelakon Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain memilih untuk tidak berkongsi masalah rumah tangga dalam media sosial. 

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, perkara tersebut sudah dipersetujui bersama sejak awal perkahwinan.

“Saya sebenarnya sebelum berumah tangga sudah bincang benda ini. Saya tak suka kongsi banyak dengan orang terutama benda negatif seperti salah faham atau apa-apa.

“Tetapi kalau beri inspirasi, yang melihat rasa bahagia atau sebagainya, itu okey. Itu adalah ‘deal’ kami dari awal lagi,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami juga sepakat untuk tidak meluahkan sebarang perasaan negatif secara terbuka.

“Saya rasa dia juga seperti saya. Kalau ada kecil hati atau terasa, saya tidak beritahu di media sosial.

“Jadi kami memang ada kesepakatan itu,” ujarnya ketika ditemui pada acara Riang Ria Raya ACGas di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Tambah Erra, dia kini lebih selesa untuk hanya berkongsi perkara positif kepada umum.

“Saya belajar untuk tidak kongsi benda yang tak seronok dekat orang. Media sosial sekarang pun banyak cerita negatif.

“Jadi kita keluarkan yang baik sahaja, yang tak best tanggung sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Erra turut berkongsi momen Aidilfitri tahun ini yang disifatkan lebih bermakna bersama suami dan anak.

“Setelah lama tidak cium tangan suami pada pagi raya, lainlah raya kali ini. Saya memang menanti momen nak bersalaman.

“Ada kami berempat sahaja dan kami saling bermaafan,” jelasnya.

Menurutnya, pengalaman tersebut memberikan perasaan berbeza yang sudah lama tidak dirasainya.

“Perasaan tahun ini memang lain sebab dapat bersalaman dengan suami. Saya ingat tak dapat nikmati lagi, tapi ada juga,” katanya.

Untuk rekod, Erra dan Ezwan selamat bernikah pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang, Selangor.



 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

Must Watch Video

Advertisement