Skip to main content

Hiburan

Erma Fatima Anggap Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tak Masuk Akal - “Untuk Pergi Ke Booth Orang & Jerit Macam Tidak Logik”

ASTROGEMPAK Erma Fatima

Sekilas

  • Pengarah Erma Fatima menafikan dakwaan adiknya, Betty Rahmad, bersikap biadab terhadap pekerja di sebuah booth semasa bulan Ramadan.
  • Erma menganggap tuduhan itu tidak masuk akal dan enggan memberi komen lanjut mengenai individu yang membuat dakwaan tersebut.
  • Betty pula menafikan sikap biadab itu dalam siaran langsung TikTok dan memohon maaf jika ada yang terasa hati.

 

Pengarah Erma Fatima berkata dia ada menghantar mesej kepada adiknya iaitu Betty Rahmad dengan mengatakan usahawan dan pelakon itu kini menjadi terkenal disebabkan kontroversi didakwa biadab di Singapura baru-baru ini. 

 

Menurut Erma, dakwaan mengatakan Betty bersikap biadab terhadap seorang pekerja di booth itu tidak masuk akal apatah lagi dilakukan pada bulan Ramadan. 

 

“Saya ada mesej Betty, saya cakap ‘wow you so famous sekarang’. Dia jawab ‘aku pun tak tahu apa salah aku’. Bagi saya, dia mungkin tak waras jika dia lakukan begitu. 

 

“Untuk pergi ke booth orang dan jerit kepada orang… macam tak masuk akal bagi saya. Bukan sebab dia adik saya, ia sebab rasanya tak logik. 

 

“Apatah lagi apabila di war-warkan dan besarkan seolah-olah dia buat satu dosa besar. Apatah lagi di bulan Ramadan ini kan. Jadi benda ini macam tak kena sangat la,” katanya kepada Gempak. 

 

Erma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu. 

 

Dalam pada itu, Erma bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut biarpun namanya juga dipetik oleh individu berkenaan. 

 

“Budak yang saya tak tahu siapa, asal usul dia pun saya tak tahu, sebab itu saya tak mahu beri apa-apa kenyataan atau komen… ada juga yang minta saya saman, tapi bagi saya tak berbaloi. 

 

“Jadi, bagi pendapat saya, dia bukan setaraf saya untuk saya bercakap fasal dia. Maaf bunyi macam kurang ajar tapi dia yang patut belajar beradab,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, tular video memperlihatkan individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab dengan pekerjanya di booth di sebuah acara festival. 

 

Menerusi satu hantaran di TikTok, individu itu mendakwa pelakon berkenaan telah ‘meninggikan suara’ ke arah pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan lain. 

 

Individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan tersebut dan menyifatkan tiada siapa berhak melayan pekerja dengan cara sedemikian, walaupun bergelar selebriti. 

 

Betty menerusi siaran langsung di TikTok menafikan dirinya bersikap biadab seperti yang didakwa namun tetap memohon maaf kepada pekerja booth berkenaan sekiranya tergores hati dengannya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement