Skip to main content

Hiburan

ERA Perkenalkan Barisan Penyampai Baharu Untuk Tahun Ini, Der Teraju Slot Petang Bersama Haziq dan Munabella

ERA

Sekilas

  • ERA umum barisan penyampai baharu dengan format tiga penyampai untuk slot Petang ERA dan gandingan Ashhrapp-Syasha kembali untuk slot Malam Chill ERA.
  • Segmen popular seperti 3 Pagi ERA dan ERAthon kekal dengan penyampai sedia ada, manakala hujung minggu menampilkan penyampai sambilan dan finalis Penyampai Baharu ERA.
  • ERA fokus pada inovasi dan keterhubungan melalui teknologi digital dan media sosial untuk terus relevan dan dekat dengan pendengar muda di Malaysia.

Stesen radio nombor satu Malaysia, ERA mengumumkan barisan penyampai baharu yang lebih segar dan dinamik bagi memberikan kelainan kepada pendengar setia.

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, langkah ini adalah sebahagian daripada strategi ERA untuk terus relevan, khususnya kepada golongan muda dan remaja.


"Kami mahu membawa wajah-wajah baharu yang lebih segar untuk memberikan kelainan kepada line-up penyampai ERA. Pertukaran ini bukan sahaja memberi peluang kepada bakat baharu, tetapi juga menonjolkan potensi mereka," kata Azah.
 

Antara perubahan menarik termasuk kembalinya format tiga penyampai untuk slot Petang ERA selepas sekian lama hanya menampilkan dua orang. Slot itu menampilkan Haziq dan Munabella bergandingan dengan Der.

Selain itu, gandingan Ashhrapp dan Syasha yang sudah lama tidak berdua kini kembali bersama untuk slot Malam Chill ERA, menjadikan ERA satu-satunya stesen radio yang mengekalkan konsep dua penyampai untuk segmen malam.

Lebih menarik, Der dan Ashhrapp mula bertugas secara rasmi pada Isnini, menandakan permulaan baharu yang penuh semangat untuk ERA dan pendengar setia.


Segmen 3 Pagi ERA pula akan terus kekal bersama trio popular Nabil, Pak Azad dan Radin, manakala segmen ERAthon masih diterajui oleh Fazziq Muqris. Sementara itu, peminat muzik akan terus menikmati Gempak Hit ERA yang kekal bersama Isha Norsham.
 

Bagi hujung minggu, ERA akan terus menampilkan variasi dengan penyampai sambilan dan finalis Penyampai Baharu ERA (PBE). Kecuali Aqil, yang akan mengendalikan segmen Malam Minggu ERA setiap Sabtu dari jam 8 malam hingga 11 malam.
 

Azah menegaskan, "Ini adalah strategi ERA untuk memas kan kami kekal relevan dan dekat dengan pendengar muda. Kami percaya perubahan ini akan memberikan pengalaman mendengar yang lebih segar dan menyeronokkan."

Beliau turut menambah, "Masa depan ERA adalah tentang inovasi dan keterhubungan. Kami bukan sahaja mahu menjadi stesen radio yang menghiburkan, tetapi juga platform yang membina komuniti. Dengan teknologi digital, media sosial, dan kandungan kreatif, ERA akan terus berevolusi untuk memenuhi gaya hidup pendengar.

“Kami akan terus melahirkan bakat baharu, memperkukuh interaksi dengan peminat, dan memas kan ERA menjadi pilihan utama generasi muda."tambahnya.

ERA ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, ERA menampilkan lagu-lagu popular, hits terkini dan menjadi pilihan utama pendengar, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Malaysia.

Dengan hampir 6 juta pengikut di media sosial, ERA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama Muzik Hit Terkini. Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengiku ERA di platform media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi ERA melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement