Skip to main content

Hiburan

Empat Kali Alami Keguguran, Raja Farah Umum Berita Gembira Hamil Anak Kelima - “Semoga TTC Dikurniakan Zuriat Tahun Ini”

Astro Gempak 506

Sekilas

  • Pelakon Raja Farah mengumumkan kehamilan anak kelima selepas mengalami empat kali keguguran sebelum ini.
  • Dia berkongsi rasa syukur menerima 'rainbow baby' dan kini hampir separuh perjalanan kehamilan.
  • Raja Farah akan terus berkongsi perkembangan kehamilannya dengan peminat selepas ini.

Pelakon Raja Farah mengumumkan dirinya kini hamil anak kelima selepas melalui detik sukar apabila empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, Raja Farah meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan ‘rainbow baby’ selepas sekian lama menantikan rezeki tersebut.

 

 “Alhamdulillah, rainbow baby… ini cerita saya.

“Semoga semua yang sedang TTC dikurniakan rezeki zuriat tahun ini,” tulisnya.

Menurut Raja Farah, dia mula mengetahui dirinya hamil sekitar penghujung Disember tahun lalu selepas melakukan ujian kehamilan.

Bagaimanapun, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila dia mengalami spotting sebelum disahkan keguguran buat kali keempat pada Januari lalu.

“Dari spotting, dah mula heavy flow fresh blood, terus ke emergency dan confirm miscarriage kali keempat.

“Sedih, kecewa, salahkan diri sendiri tak jaga kandungan, tapi tetap reda. Allah tahu bila dan apa yang terbaik,” katanya.

Namun sekitar penghujung Februari, Raja Farah menyedari dirinya masih belum datang haid sebelum sekali lagi melakukan ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

“Alhamdulillah… rainbow baby.

“Syukur rezeki untuk terus pregnant lagi lepas miscarriage dan sekarang saya hampir separuh perjalanan kehamilan ini,” ujarnya.

Pelakon filem Aku Masih Dara itu turut memaklumkan bakal berkongsi lebih banyak perkembangan mengenai kehamilannya kepada peminat selepas ini.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement