Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengumumkan penamatan perkhidmatannya sebagai penyampai radio ERA.
Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom mengumumkan perkara itu menerusi video pendek yang di muat naik di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Advertisement
Menurut Elly, keputusan untuk meninggalkan ERA bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia merupakan langkah terbaik untuk dirinya pada ketika ini.
“Saya ingin mengumumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bekerja sebagai DJ di Carta ERA 40.
“Sebenarnya memang berat, susah untuk buat keputusan ini tetapi ini yang terbaik untuk diri saya sendiri.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada cik Pria dan bos kita kerana terima dan menghormati keputusan saya ini.
“Walau macam mana pun doa saya kepada radio ERA semoga berjaya. Tapi sebelum itu saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua penyampai ERA,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elly juga turut menitipkan pesanan buat rakan penyampai ERA yang baharu.
“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anda semua. Kepada semua majmuk teruskan menyokong carta ERA 40 selepas ini bersama penyampai yang baharu
“Untuk penyampai baharu, teruskan membawa carta ERA 40, paling penting tak apa sayang… jadi diri sendiri dan buat yang terbaik,” ujarnya.
Untuk info, Elly sebelum mengendalikan segmen Carta ERA 40 selama hampir dua tahun.
Sepanjang bergelar penyampai Carta ERA 40, Elly dikenali dengan gaya penyampaian yang bersahaja, ceria dan penuh humor, menjadikan segmen tersebut antara yang paling digemari pendengar.