Skip to main content

Hiburan

Ella Teruja, Bakal Tunai Umrah Bersama 12 Staf Pada Bulan Syawal - “Insya-Allah Dipermudahkan”

Ella

Sekilas

  • Ella akan menunaikan ibadah umrah bersama kira-kira 12 orang staf produksi pada Syawal ini selepas beraya secara sederhana di Muar, Johor.
  • Mereka merancang untuk berada dua hingga tiga hari di Makkah dan empat hari di Madinah sebelum berangkat ke Doha, Qatar untuk showcase.
  • Persembahan solo Ella di Qatar pada 26 April bergantung kepada perkembangan konflik di Asia Barat.

Aidilfitri tahun ini merupakan sambutan yang berbeza buat Ratu Rock negara, Ella apabila bakal menunaikan ibadah umrah pada Syawal ini.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, dia memilih untuk mengerjakan umrah kerana mahu mengisi sambutan lebaran kali ini dengan ibadah yang lebih bermakna.

“Tahun ini saya akan beraya secara sederhana di Muar, Johor dan kemudiannya kami akan mengerjakan umrah sebelum kami ke Doha, Qatar untuk buat showcase di sana.

“Ini adalah kali pertama kami mengerjakan umrah dalam Syawal dan pastinya saya teruja, apatah lagi kali ini saya turut membawa pasukan produksi konsert saya terdahulu, bersama.

“Tak pernah lagi kami pergi mengerjakan umrah bersama seluruh pasukan saya. Jadi insya-Allah perancangan kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Lebih manis, Ella bakal menunaikan umrah bersama kira-kira 12 orang staf dari dia pasukan produksinya.

“Alang-alang kami dapat peluang ada show di sana, jadi kami beli tiket penerbangan ke Jeddah juga tapi kami tak boleh lama sangat di Jeddah kerana rasanya ia akan ditutup untuk memberi fokus pada jemaah haji pula.

“Insya-Allah kami akan meluangkan masa lebih kurang dua hingga tiga hari di Makkah dan empat hari di Madinah. Kemudiannya kami akan terus ke Qatar, tapi di Qatar kami tak pakai band kami, kami menggunakan band di sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ella dijadualkan bakal mengadakan persembahan solo di Qatar pada 26 April namun ia bergantung dengan perkembangan konflik di Asia Barat.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must-Watch Video

Advertisement