Skip to main content

Hiburan

Elfira Loy Luah Rasa Bimbang, Anak Bakal Mula Sekolah Tahun 1 - “Masa Tadika Semua Info Dekat…”

Elfira Loy

Pelakon, Elfira Loy akui dirinya masih belum bersedia untuk menghadapi fasa baharu apabila anaknya bakal melangkah ke alam persekolahan. 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Elfira meluahkan rasa kebimbangannya apabila memikirkan rutin baharu anaknya yang bakal memasuki tahun satu berbeza dengan pengalaman semasa di tadika sebelum ini.

“Tak ready lah nak masukkan anak sekolah standard one ni. Masa tadika semua info dekat apps je, ini dah sekolah ni macam mana tah mommy nak check. Kena tanya admin ke? Check mana? Huwarghhhh. Kalau sekolah sekarang semua cikgu update. 

“Mommy rasa mommy yang spoil, now mommy kena berdikari ke,” tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang sudah bergelar ibu bapa cuba membantu Elfira menjawab persoalannya. 

Tidak kurang juga, ada diantara mereka yang merasai perkara sama seperti Elfira. 

“Ada sesetengah private school tak ada whatsapp group..tp inform parents guna apps sendiri..

“El you email PTA/class rep anak u nanti diorang bagi link group wasap..hehe don't worry awal² je kelam kelibut sikit.

“Ada wassap group nnti.. 👍

“Ada WhatsApp group and cikgu sgt baik hati bantu parents yg baru ni  

“I feel youuu sisturr. Same! 🥹

“Omg samaaaaaa .. mcm tak ready 🥺🥹

Must-Watch Video

Advertisement