Sekilas
- El Rumi dan Syifa Hadju selamat bertunang pada 21 Januari 2026 dalam majlis intim di Hutan Kota by Plataran, Jakarta Selatan.
- El Rumi menganggap pertunangan ini sebagai langkah besar dalam hidup mereka dan berharap persiapan perkahwinan berjalan lancar dan bahagia.
- Pasangan ini dijangka berkahwin sekitar pertengahan tahun ini dengan majlis perkahwinan yang akan disiarkan di stesen televisyen terkenal.
Pasangan selebriti Indonesia, El Rumi dan Syifa Hadju selamat melangsungkan pertunangan pada 21 Januari 2026 dengan bersaksi keluarga dan teman rapat.
Majlis pertunangan anak Ahmad Dhani hasil perkahwinan bersama Maia Estianty itu diadakan secara intim di Hutan Kota by Plataran, Senayan, Jakarta Selatan.
Berhasrat untuk memperisterikan bintang Catatan Si Boy itu, El Rumi menyifatkan mengikat tali pertunangan sebagai permulaan langkah besar dalam hidup mereka berdua.
"Ini adalah langkah besar dalam hidup kami. Kami berharap segala rencana menuju hari pernikahan nanti bisa dipersiapkan dengan baik dan penuh kebahagiaan," ujar El Rumi dalam pernyataan tertulis yang diterima Kompas.com.
Syifa Hadju, 25, turut menyambut niat baik tersebut dengan rasa syukur dan memohon doa restu agar seluruh proses ke depan diberikan kelancaran.
"Kami sangat bersyukur bisa sampai di tahap ini. Kami mohon doa restu agar rencana pernikahan kami dapat berjalan lancar dan menjadi awal yang indah untuk membangun masa depan bersama," tutur Syifa menerusi laporan sama.
Pasangan itu dijangka berkahwin sekitar pertengahan tahun ini dengan majlis bahagia itu akan ditayangkan menerusi stesen televisyen terkenal.