Skip to main content

Hiburan

Eizlan Yusof Sambut Kelahiran Cahaya Mata Kedua Pada Usia 54 Tahun - “Assalamualaikum Zareen Rosa”

Eizlan Yusof

Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri,Datin Seri Natasha Rosa Boudville selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada Ahad. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eizlan menerusi satu hantaran di Instagram. 

Menerusi hantaran tersebut, Eizlan atau nama lengkapnya Idris Md Yusof juga berkongsi nama cahaya mata perempuan keduanya iaitu, Zareen Rosa.

"Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-NYA. Terima kasih yayang ," tulisnya. 

Pada masa sama, Eizlan turut memuat naik foto bersama cahaya matanya itu namun wajahnya ditutup dengan emoji berbentuk hati. 

Pelakon berusia 54 tahun itu turut menzahirkan terima kasih kepada isteri dan doktor yang merawat. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut. 

Sekadar info, Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa pada 12 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun. 

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai pada 28 September 2014. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement