Skip to main content

Hiburan

Eda Ezrin Pilih Abaikan Komen Negatif, Fokus Kerjaya Dan Keluarga - “Sekarang Di Fasa Tenang”

Astro Gempak

Sekilas

  • Eda Ezrin memilih untuk tidak membaca komen negatif di media sosial bagi menjaga ketenangan dan fokus pada keluarga serta kerjaya.
  • Dia teruja dapat menyertai Konsert Kelate Ke KL 2026 yang dianggap sebagai sejarah penting bagi lagu Kelantan di Kuala Lumpur.
  • Konsert tersebut akan berlangsung pada 29 Ogos di Zepp Kuala Lumpur dengan penyertaan beberapa penyanyi popular dari Kelantan.

Penyanyi Eda Ezrin memilih untuk tidak membaca komen netizen di media sosial demi menjaga ketenangan diri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga dan kerjaya.

Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 31, berkata, dia kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih tenang dan enggan lagi memikirkan pandangan negatif orang ramai yang masih mengaitkannya dengan isu-isu lama.

“Sekarang di fasa yang tenang, alhamdulillah semua okey. Tak ada apa-apa masalah.

“Buat masa sekarang ini Eda abaikan saja. Orang nak komen atau kata apa, Eda buat tak tahu saja.

“Saya nak fokuskan pada keluarga dan kerjaya saya sahaja.

“Sejujurnya saya tak terkesan sebab Eda memang tak baca langsung komen-komen itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam perkembangan sama, pelantun lagu Bea Soba Bea itu mengakui teruja apabila diberi peluang menjayakan Konsert Kelate Ke KL 2026 yang disifatkannya sebagai satu sejarah buat penyanyi lagu Kelantan.

“Perasaan saya mestilah gembira sebab dapat peluang ini. Peluang macam ini memang susah nak dapat.

“Seronok sebab dapat jumpa ramai orang dan pergi ke tempat yang kita tak pernah pergi.

“Ini juga salah satu sejarah bagi lagu Kelantan apabila dapat buat konsert di Kuala Lumpur.

“Suasananya berbeza dengan konsert di Kelantan kerana ia konsert bertiket dan persekitarannya pun lain. Ini memang sejarah pertama,” ujarnya.

Untuk rekod, pada 2 November 2024, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Pada 6 Ogos tahun lalu, Eda dibebaskan selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Konsert Kelate Ke KL 2026 bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan dengan menghimpunkan barisan penyanyi popular dari Kelantan termasuk Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement