Skip to main content

Hiburan

“Dulu Waktu Kecil, Syafiq Kyle Tengok Saya Shooting… Sekarang Kami Berlakon Bersama” - Que Haidar

Malaikat Malam

Sekilas

  • Que Haidar berkongsi kisah menarik ketika penggambaran filem KL Menjerit 1 lebih 20 tahun lalu di Kampung Baru, di mana Syafiq Kyle yang masih bersekolah menonton lakonannya dari jauh.
  • Kini, Que dan Syafiq berganding dalam filem terbaru Malaikat Malam, dengan Syafiq memuji profesionalisme Que yang sangat bersedia walaupun masa penggambaran singkat.
  • Filem Malaikat Malam mengisahkan tentang Azam (Syafiq Kyle) yang terlibat dalam lumba haram dan sudah boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia.

Pelakon, Que Haidar berkongsi satu kisah menarik sewaktu dirinya menjalani penggambaran filem KL Menjerit 1 lebih dua dekad yang lalu.

Menurut Que, sewaktu menjalani penggambaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, terdapat seorang remaja yang masih bersekolah memerhatinya berlakon dari jauh.

Perjelas Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, remaja tersebut adalah Syafiq Kyle dan selepas beberapa tahun, mereka kini bergandingan bersama sebagai abang dan adik menerusi filem Malaikat Malam.

“Saya nak kongsikan satu cerita sewaktu saya shooting filem KL Menjerit 1 lebih dua dekad yang lalu di Kampung Baru, ada seorang budak sekolah tengok saya berlakon.

“Budak sekolah itu adalah Syafiq Kyle. Dulu dia tengok saya berlakon dan sekarang dia pula berlakon dengan saya,” katanya kepada sidang media dan tayangan perdana filem Malaikat Malam.

Sementara itu, Syafiq Kyle berkongsi bahawa ketika itu dia masih lagi bersekolah menengah.

Ujar Syafiq, dia merasakan momen itu sebagai satu momen yang sangat bermakna apabila dia berpeluang untuk bergandingan pula dengan Que dalam satu naskhah yang sama.

“Waktu itu saya baru bersekolah menengah mungkin umur saya dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun. Jadi bila dapat berlakon bersama saya rasa teruja dapat berlakon dengan satu figura yang dulunya saya tonton filem lakonan dia iaitu KL Menjerit 1,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi pengalamannya berlakon bersama, Syafiq memuji sikap profesionalisme Que sepanjang penggambaran.

Ujar Syafiq, meskipun mereka hanya mempunyai masa sehari untuk melengkapkan semua babak, Que dilihat sangat bersedia dan tidak banyak membuang masa.

“Bila bekerjasama dengan Que, saya boleh katakan dia seorang pelakon yang sangat bersedia. Untuk pengetahuan, saya dan Que hanya shooting sehari saja untuk lakonkan semua babak dalam filem.

“Dia tahu apa yang dia nak buat. Satu perkara yang unik tentang Que sewaktu penggambaran ialah dia dah ‘in character’ dengan watak sebelum mula shoot lagi.

“Jadi, saya berasa sangat beruntung dapat berlakon bersama Que Haidar,” kongsinya lagi.

Sekadar info, Malaikat Malam merupakan filem terbaharu Viper Studios dengan kerjasama Skop Production, Astro Shaw yang mengisahkan tentang Azam (Syafiq Kyle) yang terjebak dengan lumba haram bagi merealisasikan beberapa impiannya.

Selain Syafiq dan Que, filem yang mendapat sentuhan anak muda, Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di semua pawagam berhampiran sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement