Skip to main content

Hiburan

Duit Raya Jebat Jayden Jadi Perhatian, Netizen Mula Teka Jumlah - “Kalah Lima Bulan Gaji Aku”

Jebat Jayden

Bila sebut soal Aidilfitri, perkara yang paling dinantikan kanak-kanak pastinya duit raya. Sekecil mahupun sebesar mana nilai tersebut, sudah cukup untuk membuatkan si kecil yang datang beraya tersenyum gembira.

Terbaharu, tular beberapa hantaran Instastory yang dimuat naik pempengaruh yang juga kakak kepada selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila mengenai duit raya anaknya, Jebat Jayden.

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat Jebat sedang sibuk mengira jumlah duit raya yang diperolehinya sepanjang Aidilfitri tahun ini.

Nabila kemudiannya membuat satu poll soalan meminta pengikutnya meneka jumlah duit raya yang diterima anaknya itu.

“Teka berapa duit raya yang Jayden dapat,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian warganet di Threads yang rata-ratanya tertanya-tanya mengenai jumlah duit raya Jebat.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan jumlah duit raya yang diterima Jebat adalah lebih daripada duit gaji mereka selama lima bulan.

“Duit raya Jebat Jayden ni mungkin kalah gaji aku lima bulan.

“Bukan saja dapat duit raya, gold bar pun Jebat dapat.

“Macam kira duit gaji wehh. Melawan hukum duit raya ni. Mana duit note RM1?,” seloroh warganet.

Sekadar info, Jebat Jayden merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Nabila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum bercerai pada 9 Julai 2020.

Sumber: Threads, Instastory Noor Nabila

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement