Skip to main content

Selebriti

Dr Ghafur Dedah Sisi Faizal Tahir Sewaktu Jalani Misi Kemanusiaan, Hanya Perkenalkan Diri Sebagai Ahmad - “Tak Nak Orang Tahu Artis, Tidak Mahu Layanan Berbeza”

AstroGempak Faizal tahir

Sekilas

  • Faizal Tahir menunjukkan sikap rendah diri dan sanggup hadapi kesusahan tanpa rungutan sepanjang misi bantuan banjir.
  • Faizal tidur di rumah mangsa banjir dengan keadaan serba kekurangan dan bekerja keras dari pagi hingga waktu berbuka tanpa minta rehat.
  • Faizal tidak memperkenalkan dirinya sebagai artis untuk elak layanan berbeza dan fokus membantu tanpa mengira status.

Aktivis kemanusiaan, Dr Ghafur Mustakim berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai keperibadian penyanyi, Faizal Tahir, sepanjang menyertai satu misi bantuan kemanusiaan baru-baru ini.

Menurut Dr Ghafur, meskipun Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir merupakan artis tersohor yang telah memenangi pelbagai anugerah dan memiliki ribuan peminat, namun dia tetap menunjukkan sikap merendah diri dan sanggup berdepan kesusahan tanpa sebarang rungutan

“Moga Allah rahmati insan ni, walaupun dah bergelar artis terkenal, menang berpuluh anugerah dalam industri, ada peminat berjuta orang, sekali jemputan buat show boleh cecah puluh ribu bayaran, masih sedia untuk hidup penuh kekurangan.

“Trip kali ni memang terpaksa bermalam di rumah mangsa banjir sebab kedudukan tempat misi jauh dari mana-mana accommodation.

“Banyak kali tanya "abang ok ke kalau kita duduk rumah orang kampung?" jawab simple "ok. No problem,”

“Tempat misi kali ni mencabar, tidur fully di rumah mangsa banjir, tanpa kipas, tanpa tilam, memang tidur beralaskan tikar, selimut pun tak ada, tandas pun tak proper, bayangkan malam penuh nyamuk.

“Makan pula jangan cakap lah, seadanya, fuh mencabar. Tapi menariknya sepanjang misi ni beliau langsung tak ada nak merungut atau nak demands apa-apa,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan Faizal sedang tidur di ruang tamu sebuah rumah kampung dengan hanya beralaskan tilam nipis.

Tambah Dr Ghafur lagi, Faizal juga turun padang menjalankan misi seawal pagi untuk mengagihkan bantuan sehingga waktu berbuka puasa tanpa meminta rehat.

Malah, lebih menyentuh hati apabila Faizal tidak memperkenalkan dirinya sebagai artis terkenal kerana tidak mahu ada layan yang berbeza-beza.

“Walaupun misi penuh cabaranya, keluar awal pagi, turun edar bantuan sampai lah nak berbuka puasa. Tak ada nak request rehat, siap tanya lagi apa lagi yang boleh buat, tak nak duduk rehat katanya.

“Masya-Allah, tak berkira masa, tenaga, duit. Lagi best bila perkenal diri dengan siapa-siapa siap tak mengaku artis.

“Pernenalkan diri pun sebagai Ahmad, kantoi pun sebab ada orang buka YouTube, tengok muka sama lah ngan orang yang nyanyi dengan Harris J.

“Bila tanya kenapa tak nak orang tahu diri sebagai artis, jawapan menikam kalbu, sebab tak nak ada layanan berbeza-beza, menarik.

“Refleksi buat diri kita semua, moga boleh jadi contoh, moga ada lebih ramai orang macam ni, Insya-Allah,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

T7 Relaxed Track Jacket Women in Black by PUMA, S

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Puma Relaxed Racer Jacket Unisex

Must-Watch Video

Advertisement