Skip to main content

Selebriti

Dr Afifah Pesan Tak Salah Nak Didik Anak Guna Pendekatan Tradisional & Moden - “Yang Kata Fie Tak Suap Anak Tu Tahu Ke Teknik Ni?”

Dr Afifah Pesan Tak Salah Nak Didik Anak Guna Pendekatan Tradisional & Moden

Ringkasan AI

  • Dr Afifah, isteri penyanyi Nubhan, berkongsi pengalaman mendidik anak-anak supaya berdikari sejak kecil.
  • Dia menggalakkan anak keduanya makan sendiri seawal usia enam bulan menggunakan kaedah baby-led weaning.
  • Dr Afifah percaya sifat berdikari perlu dipupuk awal supaya anak tahu jaga diri jika keadaan tidak menentu.
  • Dia menggabungkan pendekatan tradisional dan moden dalam mendidik anak demi keseimbangan terbaik.
  • Kes cerai antara Nubhan dan Dr Afifah masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dengan sebutan pada 2 Disember ini.

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah berkongsi pengalaman mendidik anak-anaknya supaya belajar berdikari sejak kecil.

Menurut Dr. Afifah, dia mula menggalakkan anak keduanya untuk makan sendiri seawal usia enam bulan.

Kata Dr Afifah atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fie ini lagi, perkara itu diajar bukan kerana ingin mempercepatkan proses tumbesaran, tetapi kerana percaya bahawa sifat berdikari perlu dipupuk sejak awal kehidupan.

“Saya mula menggalakkan anak saya untuk makan sendiri seawal enam bulan. Bukan sebab nak cepat, tapi saya percaya sifat berdikari bermula dari awal.

“Sekurang-kurang jika kehidupan tidak menentu nanti, anak-anak tahu macam mana nak jaga diri sendiri,” katanya menerusi hantaran di Threads.

 Jelas Dr Fie, dia mula mengenali konsep baby-led weaning (kaedah bayi makan sendiri tanpa disuap) adalah ketika bersama anak sulungnya, Aaffan.

Malah, dalam perkongsian itu juga, Dr Fie turut menegaskan bahawa tidak salah jika seorang ibu memilih untuk menggabungkan pendekatan tradisional dan moden dalam mendidik anak.

“Sebagai seorang ibu, saya telah meluangkan banyak masa untuk belajar dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.

“Saya mula mengenali konsep baby-led weaning ketika mempunyai Aaffan, tetapi saya mula mempraktikkan cara itu ketika bersama Afzan, seawal usia enam bulan.

“Menjadi seorang ibu bukanlah datang secara semula jadi, kadang kala ia memerlukan usaha, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar.

“Akhirnya, saya menemui keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden, bagi saya itu adalah sesuatu yang sangat baru.

“P/s: Yang kata Fie tak suap anak tu tahu ke technique ni? Tanya je,” coretnya.

 

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.

Namun, ketika kes di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.

Must-Watch Video

Advertisement