Skip to main content

Hiburan

Doktor Minta Keluarga ‘Standby’, Amyza Aznan Mohon Doa & Bantuan Buat Anak - “Ya Allah Tolong…”

Amyza Aznan

Pelakon Amyza Aznan memohon doa orang ramai buat anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang dirawat di hospital. 

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Amyza juga memohon agar sesiapa yang tahu mengenai apa sahaja perubatan alternatif untuk membantu anaknya. 

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. 

“Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiarkan dengan mungkin apa saja perubatan, tolong,” tulisnya di Instagram Story pada Ahad. 

Dalam perkongsian sama, Amyza turut memaklumkan bahawa doktor menasihatkan keluarga agar bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak pandai hebat dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ni (Ahad),” ujarnya. 

Dalam pada itu, perkongsian terbaharu Amyza pada pagi Isnin juga meraih perhatian wargamaya. 

Menerusi perkongsian itu, Amyza seakan-akan meluahkan rasa kecewa apabila diberi harapan palsu selama setahun dan mahu membawa anaknya keluar dari hospital.

“Terima kasih untuk harapan palsu selama 1 tahun. 

“Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini, hanya mengharap keajaiban,” ujarnya. 

Pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila anaknya, Adrian disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih menyedihkan, berita tersebut hadir selepas hampir setahun seorang lagi anaknya, Andre Mikhail, berjuang melawan kanser paru-paru.

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement