Skip to main content

Hiburan

Dituduh G*y Kerana Belum Berkahwin, Adik Aqil Zulkiflee Kecewa Dengan Stigma Sesetengah Masyarakat - “Ingat Macam Main Masak-Masak Ke?”

Akiddos

Sekilas

  • Akiddos luah rasa kecewa dengan stigma yang menuduh dirinya songsang hanya kerana belum berumah tangga.
  • Dia menegaskan perkahwinan bukan perkara main-main dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menutup tanggapan orang ramai.
  • Akiddos pesan supaya tidak tergesa-gesa memilih pasangan hidup bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari.

Pempengaruh media sosial, Akiddos meluahkan rasa kecewa dengan stigma sesetengah pihak yang sewenang-wenang menuduh dirinya songsang hanya kerana belum berumah tangga.

Menerusi aplikasi Threads, Akiddos atau nama sebenarnya Ahmad Akid Zulkiflee turut mempertikai mentaliti sesetengah pihak yang mahu dirinya berkahwin hanya kerana mahu menutup tanggapan orang ramai terhadap dirinya.

“Nak yakinkan orang pulak. Nak kena kahwin baru tak nampak gay.

“Semata nak puaskan hati orang? Ingat kahwin ni macam main masak-masak ke?,” kongsinya.

Tambah adik kepada pempengaruh Aqil Zulkiflee itu, perkahwinan bukanlah perkara remeh sebaliknya banyak tanggungjawab yang perlu dipikul apabila berumah tangga.

“Once kau pilih pasangan hidup, dia jelah yang pertama dan sampai akhir nyawa.

“Bila salah pilih, hancur seluruh kehidupan,” kongsinya lagi.

Di akhir perkongsian, Akid menitip pesan untuk tidak tergesa-gesa dalam memilih pasangan hidup supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Terdahulu, beberapa foto Akid menghadiri majlis perkahwinan dua pempengaruh, Rahim Akem dan Marsya tular dan meraih perhatian ramai.

Hantaran itu kemudiannya menuai pelbagai respon sehinggakan ada yang menggelarkan Akid sebagai gay hanya kerana tekstur wajahnya yang bersih dan putih.

Bukan itu sahaja, mereka juga mahu Akid mendirikan rumah tangga sebagai bukti dirinya tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Jordan Jumpman Hat - Brown

Jordan Jumpman Hat - Brown

Nike Heritage Crossbody Bag

Nike Heritage Crossbody Bag

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must-Watch Video

Advertisement