Skip to main content

Hiburan

Disoal Mengenai ‘Hari Bahagia’ Dengan Bella Astillah, Ini Jawapan Ringkas Syed Saddiq - “Saya Rasa Dalam Soal Ini Adalah Antara 2 Keluarga”

Syed Saddiq

Sekilas

  • Syed Saddiq menjelaskan bahawa soal perkahwinan dengan Bella Astillah adalah perkara peribadi yang hanya dibincangkan antara keluarga mereka.
  • Kenyataan Saddiq ini dianggap oleh netizen sebagai petanda hubungan mereka semakin serius dan dalam perbincangan untuk fasa seterusnya.
  • Wargamaya memberikan sokongan dan doa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar.

Boleh dikatakan semua peminat BASS tidak sabar menantikan berita gembira daripada penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq. 

 

Menerusi video temu bual yang tular di Threads, Saddiq menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai hari bahagia mereka berdua. 

 

Menjawab dengan tenang, Saddiq berkata soal peribadi seperti itu sepatutnya hanya dibincangkan antara dua keluarga sahaja dan tidak perlu diberitahu kepada umum. 

 

“Saya rasa dalam soal ini (kahwin) adalah antara dua keluarga. Daripada kita bam bam bum (cerita) secara umum, lebih baik kita bincang antara keluarga,” jawab Saddiq secara ringkas. 

 

Rata-rata netizen menganggap kenyataan yang dikeluarkan Saddiq itu seakan-akan memberi bayangan mengenai hubungan serius mereka. 

 

“Alhamdulillah. Dari mulut YBSS sendiri dah mengakui memang tengah berbincang fasal mereka berdua yang mana hanya dibincangkan dengan ahli keluarga sahaja.

 

“Maksudnya peribadi. Hal peribadi hanya keluarga sahaja yang tahu. Bermakna diaorang serius dalam perhubungan dan tengah sibuk uruskan fasa seterusnya. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik,” tulis wargamaya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement