Pelakon, Datin Atikah Suhaime menyorot perhatian netizen selepas membalas komen pedas seorang individu yang menyindirnya di platform TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Atikah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang menyediakan hidangan buat suami tercinta, Datuk Lokman Teh.
Meskipun hanya berkongsi video resepi dan penyediaan makanan, pelakon berusia 34 tahun itu tidak terlepas daripada menerima komen pedas netizen yang menyindirnya dengan gelaran ‘bibik’ meskipun sudah bergelar kepada isteri seorang jutawan.
“Kahwin dengan orang kaya tapi kena masak pula macam bibik.” tulis individu tersebut.
Tidak berdiam diri, Atikah terus memberikan respon balas terhadap komen berkenaan.
“Oh, habistu cef di restoran awak panggil bibik juga ke?” balasnya.
Tindakan pelakon drama Kau vs Aku itu mendapat sokongan netizen yang menyifatkan komen tersebut tidak wajar dan memperlekehkan nilai tanggungjawab seorang isteri.
