Skip to main content

Hiburan

Dilema Hala Tuju Lepasan SPM, Tersepit Antara Memilih Impian Sendiri Atau Keinginan Ibu Bapa

Astro Gempak 344

Sekilas

  • Filem Abah Saya, Uncle Mike mengisahkan dilema remaja memilih hala tuju selepas SPM antara impian sendiri dan harapan ibu bapa.
  • Filem ini mengangkat tema kasih sayang melangkaui batas pertalian darah melalui kisah Uncle Mike yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu.
  • Abah Saya, Uncle Mike kini boleh ditonton di Astro First, On Demand dan platform penstriman sooka bermula 2 April 2026.

Situasi memilih hala tuju selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menjadi dilema buat remaja apabila impian sendiri tidak seiring dengan harapan ibu bapa.

Ada yang terpaksa akur demi menjaga hati keluarga, namun tidak kurang juga yang memilih untuk mengejar cita-cita sendiri walaupun berdepan tentangan.

Realitinya, konflik antara mengejar impian dan memenuhi harapan keluarga bukan perkara asing dalam masyarakat, malah sering menjadi perjalanan emosi yang membentuk jati diri seseorang.

Dalam hal ini, keseimbangan antara menghormati ibu bapa dan mempercayai kemampuan diri sendiri menjadi kunci utama dalam membuat keputusan yang terbaik.

Isu tersebut turut sama dipaparkan menerusi filem Abah Saya, Uncle Mike yang menyampaikan mesej kekeluargaan serta konflik perbezaan pandangan antara anak dan bapa.

Menerusi naskhah itu, hubungan antara Uncle Mike dan bapanya menggambarkan dilema universal yang dilalui ramai, iaitu bagaimana untuk kekal menghormati keputusan ibu bapa dalam masa sama mempertahankan prinsip dan impian sendiri.

Dalam perkembangan lain, filem Abah Saya, Uncle Mike yang menyentuh hati dan mengangkat tema kasih sayang melangkaui batas pertalian darah kini sudah boleh ditonton di Astro First.

Filem terbitan Astro Shaw itu boleh mula ditonton bermula 2 April 2026 menerusi saluran 480, On Demand serta platform penstriman sooka.

Diinspirasikan daripada kisah benar, naskhah arahan Ezrie Gazali tersebut mengisahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Michael Tong Wai Siong atau dikenali sebagai Uncle Mike yang membesarkan tiga anak Melayu seperti darah dagingnya sendiri.

Filem tersebut turut menyelami perjalanan emosi Uncle Mike bersama tiga beradik yatim piatu iaitu Rafei, Rasyid dan Rahman selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka.

Ia dibintangi Andy Teh bersama pelakon muda berbakat seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, dan turut menggunakan tiga bahasa, Melayu, Mandarin dan Kantonis.

Sinopsis.

Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang kejam bersama adik-adiknya. Namun, mereka akhirnya terpisah. Dalam perjuangan menyatukan semula keluarga, mereka dipertemukan dengan Uncle Mike, lelaki Cina berhati emas yang mengubah takdir hidup mereka.

Filem ini menegaskan bahawa keluarga bukan sekadar pertalian darah, dan kasih sayang sejati tidak mengenal kaum mahupun agama.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement