Skip to main content

Viral

Dikritik Pakai Korset Luar Baju Kebaya, Aisha Retno Tenang Beri Penjelasan - "This Has Been My Outfit Trademark"

Astro Gempak aisha korset

Sekilas

  • Penyanyi Aisha Retno menerima kritikan netizen mengenai gaya fesyen menggunakan korset di luar kebaya dalam muzik video Jodoh Lebaran yang dianggap tidak sesuai dengan pakaian tradisional.
  • Aisha menjelaskan gaya tersebut adalah identiti fesyennya sejak awal kerjaya dan menegaskan ia bukan bermaksud tidak menghormati budaya, malah lagu itu diinspirasikan daripada elemen Portugis dan joget Melaka.
  • Warganet pula mempertahankan Aisha dengan menyifatkan gaya itu sebagai gabungan kontemporari yang unik dan masih menutup aurat, serta menghargai kreativiti dalam persembahan video muzik.

Penyanyi Aisha Retno tampil memberi respon selepas seorang pengguna media sosial mengkritik gaya busana yang digayakannya, khususnya penggunaan corset di luar kebaya yang dianggap tidak sesuai dengan pakaian tradisional dalam muzik video Jodoh Lebaran.

Perkara tersebut bermula apabila seorang netizen meninggalkan komen panjang di media sosial yang memuji bakat nyanyian Aisha, namun dalam masa sama menegur pilihan fesyen yang digayakannya.

Menurut pengguna berkenaan, pakaian tradisional sepatutnya dikekalkan dalam bentuk asal sebagai tanda menghormati warisan budaya.

“Lagu memang sedap, suara pun sedap. Serius, memang berbakat menyanyi dan menghasilkan lagu. Tapi,

"Maaf cakap, corset di luar kebaya itu nampak sangat tidak sesuai. Untuk pakaian lain mungkin boleh bereksperimen, tetapi apabila melibatkan pakaian tradisional, lebih baik kekalkan dalam bentuk asal sebagai tanda menghormati budaya.

"Nampak seperti terlalu cuba untuk kelihatan fashionable, tetapi akhirnya kelihatan seperti baju projek AF," tulis pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, Aisha tidak berdiam diri dan tampil memberikan respon secara terbuka terhadap teguran tersebut.

Dalam balasannya, Aisha menjelaskan gaya berkenaan merupakan identiti fesyen yang sudah lama menjadi sebahagian daripada penampilannya sejak awal penglibatan dalam industri seni.

“Woah, chill. Saya dengar dan faham pandangan awak, dan mungkin akan pertimbangkan perkara itu pada masa akan datang mengikut cita rasa fesyen awak.

"Namun jika saya boleh jelaskan, gaya ini sebenarnya sudah menjadi ‘trademark’ penampilan saya sejak mula terlibat dalam industri. Walaupun ada yang menganggap ia melanggar ‘norma’, saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang salah untuk menerangkan sebab saya berpakaian begitu pada setiap kesempatan.

"Tetapi jika dikatakan ia tidak menghormati budaya, mungkin awak boleh jelaskan dengan lebih lanjut apa yang dianggap tidak menghormati itu. Seperti yang anda tahu, lagu ini sendiri banyak diinspirasikan daripada elemen portugis dan joget Melaka," tulis Aisha di ruang Threads.

Hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada warganet yang juga tampil mempertahankan Aisha.

"For me baju-baju Aisha dalam klip ni semua cantik. Lagipun kita faham itu untuk persembahan video. Kenalah buat unik & lain tetapi tetap manis. Tak nampak pon she trying hard.

"That is what we call “contemporary fusion”. Macam Mimifly pakai dalam mv dia. What matters most is tutup aurat.

"I’m sorry, miss. Though I respect your opinion, I don’t think it deserves to be called “fugly af”. I think it has always been Aisha’s trademark and other artists do it too as a performance outfit. Yura Yunita is an icon for that, though a bit revealing. Aisha kept it pretty modest still.

"Agree to disagree. I actually love it. It's a bit quirky but it looks nice and lovely. Especially the white kebaya with light green corset," demikian tulis beberapa pengguna media sosial.

Difahamkan tatagaya Aisha dalam muzik video lagu Jodoh Lebaran direka oleh Abu Shaef Hamza.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement