Skip to main content

Konsert

"Jika Arwah Hamdan Masih Hidup, Pasti Dia Akan Ada Bersama Kami" - Senario

WhatsApp Image 2026 04 27 at 12.21.27 AM (2)

Sekilas

  • Konsert The Last Kopek Senariounion 30 Tahun di Idea Live Arena menampilkan anak arwah Hamdan Ramli, Muhamad Zayreen Misha, menyanyikan lagu Doa Untuk Ayah sebagai penghargaan kepada arwah.
  • Kumpulan Senario menyerahkan trofi Artis Komedi Popular ABPBH36 kepada keluarga arwah Hamdan sebagai kenangan dan tanda penghormatan.
  • Konsert tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan 19 lagu oleh Senario dan penampilan khas penyanyi Aina Abdul yang menyampaikan beberapa lagu zapin.

Konsert The Last Kopek Senariounion 30 Tahun yang berlangsung di Idea Live Arena pada malam Sabtu nyata menyentuh hati ramai apabila anak Allahyarham Hamdan Ramli, Muhamad Zayreen Misha, 33, tampil mendendangkan lagu Doa Untuk Ayah.

Mewakili kumpulan itu, Azlee berkata lagu berkenaan dipersembahkan sebagai tanda penghargaan buat rakan seperjuangan mereka yang telah pergi menghadap ilahi.

"Sebenarnya lagu Doa Untuk Ayah itu lagu berasal dari kumpulan Serba Salah yang dianggotai oleh arwah Hamdan, Wahid dan Ilya. Kami bawakan lagu itu pada malam ini adalah untuk mengenang pemergian arwah.

"Kami sudah kehilangan satu anggota, tapi kami tak pernah lupakan keluarga dia. Sebab itu kita panggil ahli keluarganya dan dia juga sebahagian daripada konsert ini.

"Jika dia masih hidup, pasti dia akan ada bersama kami,"katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, persembahan malam tersebut turut menyaksikan kumpulan Senario menyerahkan sebuah trofi yang pernah dimenangi mereka dalam sebuah anugerah berprestij kepada keluarga Hamdan sebagai kenangan.

"Sebenarnya trofi itu kami sudah serah lama tapi pada malam ini kami nak beritahu peminat, inilah hasil daripada undian-undian mereka.

"Pada malam ini kami secara berkumpulan menyerahkan trofi ini bersama-sama kepada anak arwah untuk disimpan sebagai kenangan,"ujarnya.

Selepas mengharungi pelbagai fasa dalam industri bersama, Azlee turut berharap agar ikatan persahabatan mereka terus kekal hingga ke akhir hayat.

"Kami harap semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat kepada kami supaya kami terus bersaudara.

"Di konsert tadi pun kita lihat banyak fasa yang sudah kami lalui, jadi harapnya kumpulan Senario ini berkekalan.

"Harap-harap silaturahim yang kita bina selama 30 tahun ini akan kekal sampai bila-bila,"kongsinya.

Sebelum ini, Senario telah bersepakat untuk menyerahkan trofi Artis Komedi Popular yang dirangkul menerusi ABPBH36 itu kepada waris arwah Hamdan.

Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada 5 Januari 2024 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana jangkitan kuman dalam darah.

Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Norhamalini Ahmed dan empat anak,  Muhamad Zeyreen Misha, Muhamad Nazreen Aiman, Muhamad Syazreen Haqem, dan Nur Natasya Umairah.

Terdahulu, Senario yang kini dianggotai oleh Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Yassin Yahya dan Ilya Buang berjaya menghiburkan peminat dengan menyampaikan 19 buah lagu pada konsert yang penuh bermakna itu.

Kehadiran penyanyi bervokal tinggi, Aina Abdul yang mendendangkan lagu Joget Toleh Menoleh, Zapin Cinta SMS dan Zapin Usik Mengusik pula telah memeriahkan lagi suasana konsert berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement