Skip to main content

Hiburan

Didakwa Tak Bagi Anak-Anak Jumpa Bekas Suami, Didi Astillah Pertahan Bella Astillah

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah didakwa tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa bekas suami, Aliff Aziz, dan dikritik kerana membawa anak-anak bersama Ahli Parlimen Syed Saddiq.
  • Adik Bella, Didi Astillah, menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah tanpa pengetahuan sebenar.
  • Bella dan Aliff berkahwin pada 2016, bercerai dua kali, dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan mereka.

Nama selebriti, Bella Astillah menjadi sebutan apabila seorang individu tampil membuat dakwaan aktres dan penyanyi itu tidak membenarkan anak-anaknya berjumpa dengan bekas suami yang juga pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.

Menerusi ciapan di Threads, individu berkenaan turut menggelarkan Bella sebagai seorang yang gedik kerana sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.

“Tak nak bagi anak-anak confuse katanya. Bawa jumpa Syed saddiq menggatal boleh pula,” dakwa individu berkenaan.

Ciapan itu lantas mendapat respon adik kepada Bella iaitu Didi Astillah yang tampil membidas individu berkenaan.

Ujar Didi, apa yang ditulis individu tersebut hanyalah fitnah tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang tapi tak tahu cerita sepenuhnya,” katanya.

Untuk rekod, , Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Must-Watch Video

Advertisement