Skip to main content

Hiburan

Didakwa Dah Tak ‘Follow’ IG, Nadia Brian Anggap Hubungan Dengan Boss Ned Masih Dalam Fasa Perkenalan - “Masing-Masing Sibuk Dengan…”

Nadia Brian

Timbul dakwaan hubungan bersama Nedim Nazri atau Boss Ned mengalami keretakan berikutan tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing, pelakon Nadia Brian bagaimanapun mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat perhubungannya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan hubungan mereka masih berada pada peringkat awal perkenalan.  

“Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami masing-masing sibuk bekerja. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan, jadi apa pun saya mendoakan yang baik-baik dan saya harapkan semua pun doakan yang baik-baik apatah lagi di bulan Ramadan ini.

“Tiada apa pun yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami juga masih baru dan saya pun sibuk bekerja, masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.

“Semua okay sahaja. Apa-apa pun fokus pada apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik jadi doa yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Nadia berkongsi mengenai status hubungannya bersama Nedim itu ketika ditemui majlis Viu Together Gather dan Iftar di Serai Hall, pusat beli belah KLGCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Hening Cinta itu berkata dia sebenarnya segan untuk terlalu terbuka berkongsi soal peribadi, khususnya berkaitan hubungan cinta.

“Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu.

“Kalau perihal hubungan, bagi saya yang pernah ada pengalaman sebelum ini, jadi rasa bab hubungan ini adalah perkara peribadi.

“Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita , jadi saya berterima kasih. Apa yang saya boleh kongsi, saya kongsi dan apa yang saya nak kongsi, saya kongsi,” katanya.

Hubungan Nadia dan Nedim atau bekas suami kepada pelakon, Nora Danish itu mula hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu apabila kedua-duanya dilihat saling menunjukkan kemesraan di Instagram.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement