Skip to main content

Hiburan

Demi SPM, Auddra Zulkifli Sanggup Tangguh Tawaran Kerja Seni

Astrogempak ODDAH

Sekilas

  • Auddra Zulkifli mula homeschooling selepas keluarganya bersetuju dengan syarat dia perlu komited dan capai keputusan baik dalam SPM.
  • Ibunya, Sharifah Shahira, mengawal disiplin ketat supaya Auddra tidak leka dan sentiasa konsisten belajar walaupun tiada kelas formal.
  • Selepas lancar single baru, Auddra akan fokus sepenuhnya pada SPM dan berhenti terima tawaran kerja seni buat sementara waktu.

Penyanyi, Auddra Zulkifli mengakui keputusannya untuk mengikuti pembelajaran di rumah (homeschooling) pada awalnya tidak dipersetujui oleh keluarganya.

Bagaimanapun, keluarganya akhirnya bersetuju dengan syarat dia perlu memberikan komitmen penuh terhadap pelajaran serta mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM.

“Mereka pada awalnya memang tidak bersetuju. Namun, disebabkan saya berkeras, mereka akhirnya membenarkan saya mengikuti homeschooling, tetapi dengan syarat saya perlu belajar bersungguh-sungguh.

“Mereka mahu saya lulus dengan cemerlang. Tidak kisahlah sama ada memperoleh semua A atau sekurang-kurangnya empat atau dua A, asalkan keputusan saya lulus. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik dan melebihi apa yang mereka jangkakan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Auddra turut mendedahkan disiplin ketat yang diterapkan oleh ibunya yang juga penyampai radio, Sharifah Shahira  dalam memastikan dia tidak alpa terhadap pelajaran.

Menurutnya, ibunya akan memastikan dia bangun awal dan mengikuti rutin belajar walaupun tanpa kehadiran guru atau kelas formal.

“Mama lebih tegas. Dia akan suruh saya bangun dan turun ke bawah untuk belajar. Tidak kira sama ada cikgu datang atau tidak, jika tiada kelas, saya tetap perlu membaca buku.

“Kalau saya terlalu seronok atau leka dengan aktiviti lain, memang saya tidak akan buka buku. Jadi, tidak adalah masa untuk terlalu berseronok,” ujarnya.

Auddra dalam masa sama turut mengesahkan bahawa selepas melancarkan single baharu, dia akan menghentikan sementara sebarang tawaran kerja seni bagi memberi fokus sepenuhnya kepada peperiksaan SPM.

“Saya tidak akan menerima sebarang tawaran kerja kerana mahu fokus kepada SPM. Saya perlu menyelesaikan peperiksaan itu terlebih dahulu sebelum kembali aktif bekerja.

“Saya akan mengambil enam subjek dan menduduki peperiksaan di sekolah lama saya, iaitu SMK Taman Melawati.

“Dulu Elizabeth Tan pun belajar di situ. Sekarang sekolah itu sudah digelar ‘sekolah artis’. Siapa yang belajar di situ nanti semuanya jadi artis,” katanya berseloroh.

Terdahulu, ibunya, Sharifah Shahira, sebelum ini mengesahkan bahawa Auddra tidak lagi mengikuti persekolahan secara formal dan kini memilih pendekatan pembelajaran di rumah kerana minatnya yang lebih cenderung kepada bidang hiburan sejak kecil.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement