Skip to main content

Selebriti

“Demi Allah, Saya Berani Junjung Al-Quran, Saya Tak Pernah Memukul Dia” - Kamal Adli Nafi Dakwaan Uqasha

Kamal Adli Nafi Dakwaan Uqasha

Sekilas

  • Kamal Adli menafikan dakwaan melakukan keganasan terhadap isterinya, Uqasha Senrose, dan berani bersumpah atas Al-Quran bahawa dia tidak pernah memukul atau mendera sepanjang perkahwinan mereka.
  • Kamal tetap mempertahankan rumah tangga mereka demi anak mereka, Hawra Uqaira, dan memilih untuk menyimpan segala kisah rumah tangga tanpa membuka aib isteri di khalayak.
  • Prosiding perceraian pasangan ini akan disambung pada 12 Januari depan selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.

Pelakon, Kamal Adli menafikan dakwaan melakukan keganasan terhadap isterinya iaitu Uqasha Senrose.

Menurut Kamal, dia berani bersumpah dan menjunjung Al-Quran terhadap dakwaan mendera dan memukul sepanjang perkahwinan mereka.

“Dakwaan salah ini dan saya sudah agak perkara ini. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul isteri saya.

“Demi Allah saya berani junjung. Letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah.

“Ini satu dakwaan, kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Bukti medical report ke, laporan polis ke, apa-apa video menunjukkan saya pukul dia? Tolong.

“Saya tak tumbuk dia. Tak apalah. Ini biasa dah, saya sudah agak benda ni. Permainan dia nak main macam ni. Tapi tak apa, ini fitnah. Silakan,” katanya seperti dilapor mStar. 

Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Kamal, meskipun diaibkan di khalayak, dia tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangga dan menyimpan segala kisah rumah tangga mereka.

“Dia isteri saya. Dia orang yang saya kahwin atas dasar cinta, bukan pasal paksa atau apa. Daripada kenyataan saya cakap ini, saya masih tak buka lagi apa-apa pasal isteri, cukup saya simpan.

“Tapi saya rasa terlalu melampau. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal itu.

“Pada akhirnya kalau prosedur ini tak ada persetujuan, insya-Allah benda itu akan putus juga.

“Saya cuma berjuang dan gunakan saluran yang betul sahaja,” katanya.

Ditanya kenapa masih teguh pertahankan rumah tangganya, Kamal hanya memikirnya mengenai anaknya Hawra Uqaira.

“Sebab anak saya, Hawra. Saya duduk dan tengok dia. Saya tahu dia tidak mahu ada ‘broken family’, itu sahaja. Saya tak ada isu pun dan hal ini sudah selesai lama.

“Cuma hari ini saya rasa dah kena tegas, bukan main-main dah. Saya datang sini saya nak ‘protect’. Saya nak pertahankan rumah tangga saya. Saya tak burukkan dia pun,” katanya.

Untuk rekod, mahkamah menetapkan prosiding perceraian di antara pasnagan berkenaan disambung pada 12 Januari depan. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Sumber: mStar

Must-Watch Video

Advertisement