David Beckham mungkin disifatkan sebagai lelaki sempurna dalam kalangan peminat.
Namun sebagai isteri, Victoria lebih tahu tentang lelaki yang telah menjadi suaminya sejak 25 tahun lalu.
Advertisement
Buat pertama kali, ibu empat anak itu mendedahkan ‘rahsia’ pemain bola sepak legenda dunia tersebut.
Salah satu ‘rahsia’ yang tidak diketahui umum adalah Beckham tidur berdengkur.
Malah Beckham dakwa pereka fesyen berusia 51 tahun itu lagi berdengkur dengan sangat kuat.
Oleh yang demikian Victoria terpaksa memakai penyumbat telinga agar dia memperoleh tidur yang baik, lapor Daily Mail.
Victoria juga mendedahkan sepanjang berkahwin, mereka jarang menonton televisyen sebaliknya lebih banyak membaca buku.
“Kami memang jarang menonton televisyen tapi menghabiskan masa dengan membaca buku.
“Biasanya saya akan baca buku sebelum tidur. Saya akan beri cadangan buku yang saya baca kepada David.
“”David tidak akan membaca buku saya tetapi dia akan membeli sendiri untuk dirinya kerana masalah OCDnya,” dedah Victoria.
Kisah hidup wanita yang mencetus fenomena menerusi kumpulan Spice Girl itu kini boleh ditonton dengan judul namanya di Netflix.