Skip to main content

Selebriti

Dari SSPN Hingga Tabung Haji, Rakan Baik Dedah Tentang Hantaran Unik Untuk Bella Astillah - “100 Peratus Idea Syed Saddiq”

Hantaran Bella idea Syed Saddiq

Sekilas

  • Am, sahabat baik Syed Saddiq, mendedahkan idea hantaran pertunangan adalah sepenuhnya daripada Ahli Parlimen Muar itu sendiri.
  • Syed Saddiq memilih hantaran yang lebih bermakna termasuk Simpanan ASNB, Tabung Haji, dan SSPN untuk anak-anak serta tunangnya, Bella Astillah.
  • Bella Astillah telah bertunang dengan Syed Saddiq selepas berpisah kali kedua dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz, dan mereka mempunyai dua anak bersama.

Salah seorang sahabat baik kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenali sebagai Am mendedahkan bahawa segala persiapan berkaitan hantaran adalah hasil idea sepenuhnya daripada Ahli Parlimen Muar itu sendiri.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Am berkata pada peringkat awal perbincangan, mereka hanya mencadangkan konsep hantaran yang ringkas seperti kebiasaan majlis pertunangan.

Bagaimanapun kata Am, Saddiq menolak cadangan tersebut dan mempunyai pandangan berbeza mengenai hantaran kepada tunangnya, aktres Bella Astillah.

“Berkenaan hantaran, 100 peratus idea Saddiq. Bukan idea kami. Masa first meeting, dia tanya nak bagi apa.

“Kita orang cakap hantaran biasa lah, biasa tunang ni simple sahaja, kek, buah. Saddiq kata mana boleh. "I am serious about it,” kongsinya.

Perkongsian itu ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengagumi pemikiran dan perancangan masa depan Saddiq terhadap bakal isteri serta anak-anaknya.

Untuk info, hantaran pertunangan Syed Saddiq adalah cincin pertunangan, Simpanan ASNB kepada Bella Astillah, Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah, SSPN kepada Ayden dan SSPN kepada Ara.

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada petang Sabtu.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads @amofficialmy

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement