Skip to main content

Budaya Popular

Dari Nyi Roro Kidul Hingga Tok Syair Hilang, Ini 5 Kisah Alam Mistik Laut Yang Bikin Meremang

hhjh

Laut bukan sekadar hamparan biru yang menenangkan mata. Di sebalik ombak dan kedalaman yang gelap, tersimpan pelbagai kisah misteri dan kepercayaan turun-temurun yang terus hidup dalam budaya masyarakat maritim Nusantara. 

Dari makhluk ghaib di tengah samudera, ke alam bunian yang tersembunyi, berikut lima kisah mistik lautan yang masih diceritakan hingga ke hari ini.

Advertisement

1. Makhluk Ghaib di Kapal Laut, Ini Kisah Pekerja Pelantar Minyak

jhh

Bagi seorang pekerja pelantar minyak yang hanya mahu dikenali sebagai Asrie Laut, gangguan seperti ini bukan lagi sesuatu yang asing. Sepanjang bertugas di tengah laut, dia dan rakan-rakannya sudah terbiasa melihat kelibat entiti misteri, ada yang berdiri memerhati dari jauh, ada juga yang melintas begitu sahaja di hadapan mata.

wdhwjhw

“Kalau orang luar mungkin akan lari ketakutan, tapi bagi kami yang sudah lama bekerja atas kapal, ia seperti perkara biasa. Kadang-kadang kami siap bergurau kalau ternampak bayang pelik,” ceritanya.

Namun, pengalaman paling menyeramkan berlaku apabila mereka perlu masuk ke kawasan stor kapal, ruang yang sememangnya gelap dan sunyi kerana terletak jauh dari enjin. Di situlah, kata Asrie, pelbagai ‘penghuni’ sering muncul.

“Pernah kami ternampak bayang seperti kanak-kanak kecil berlari di antara tong penyimpanan. Ada juga makhluk bertubuh hitam legam berdiri tidak jauh dari kami. Suasananya sangat tidak menyenangkan sampai ada yang enggan masuk ke kawasan itu lagi,” kongsinya.

Bagi Asrie dan rakan-rakannya, pengalaman itu menjadi peringatan bahawa dunia ghaib bukan hanya menghuni daratan. Di tengah lautan luas yang sunyi dan gelap, pelbagai entiti juga ‘hidup’ bersama mereka kadang-kadang menumpang, kadang-kadang hanya sekadar memerhati dari jauh.

2. Siti Rubiah dan Alam Bunian Laut, Kisah Lagenda Kuala Selangor

hjh

Nama Siti Rubiah cukup terkenal dalam cerita rakyat Kuala Selangor. Menurut lagenda, Siti Rubiah merupakan seorang gadis jelita yang hilang secara misteri berhampiran kawasan pantai. Penduduk tempatan percaya dia telah ‘diseru’ masuk ke alam bunian laut selepas melanggar pantang larang ketika berada di pesisir.

Sejak itu, ramai mendakwa terlihat kelibat wanita berpakaian putih berdiri di tepi pantai ketika senja. Ada juga cerita nelayan yang mendengar suara perempuan memanggil namanya dari tengah laut, dipercayai suara Siti Rubiah yang masih ‘menjaga’ kawasan itu.

3. Tok Syair Hilang ke Alam Bunian, Kisah Nyata dari Pantai Timur

hjhj

Kisah Tok Syair menjadi bualan apabila seorang pengamal ilmu tradisional dikatakan hilang ketika melakukan ritual di laut. Menurut laporan mStar, Tok Syair pada asalnya ingin mencari ilham menulis syair laut, namun tidak pernah kembali selepas keluar ke laut seorang diri.

Penduduk kampung percaya beliau telah ‘dipilih’ oleh makhluk ghaib untuk tinggal di alam bunian laut. Beberapa nelayan mengaku pernah melihat kelibatnya berdiri di atas permukaan air sambil membaca syair, satu tanda bahawa dia kini berada di dunia yang tidak dapat dicapai manusia biasa.

4. Nyi Roro Kidul & Putri Mandalika, Penjaga Laut Selatan Indonesia

njnj

Tiada kisah mistik laut di Nusantara yang lebih terkenal daripada legenda Nyi Roro Kidul, ratu ghaib Laut Selatan Indonesia. 

Dikatakan Nyi Roro Kidol bersemayam di dasar laut dan akan menarik sesiapa yang memakai pakaian berwarna hijau ke dalam istananya sebagai pengikut.

hjhj

Selain itu, kisah Putri Mandalika dari Lombok juga sering diceritakan. Putri itu dikatakan mengorbankan dirinya ke laut demi menghentikan peperangan antara kerajaan. Kini, setiap tahun, fenomena kemunculan ‘nyale’ (cacing laut) dipercayai sebagai jelmaan roh sang puteri yang masih menjaga laut hingga kini.

 

5. Lagenda Solungkoi, Penunggu Laut Borneo

djsosjd

Dari Sabah dan Sarawak pula, legenda Solungkoi kekal menjadi antara kisah laut paling menyeramkan. Menurut I Love Borneo, Solungkoi ialah roh wanita yang mati lemas dan kini menghantui perairan tertentu.

Nelayan percaya dia sering muncul sebagai wanita cantik meminta tumpangan, namun akan menghilang secara tiba-tiba selepas berada di atas perahu. Ada juga kisah kapal yang tidak bergerak seolah-olah ‘ditahan’ sesuatu dari dasar laut, dipercayai angkara Solungkoi yang marah kepada manusia yang tidak menghormati laut.

Walaupun tiada bukti saintifik yang dapat membuktikan kewujudan makhluk ghaib atau dunia bunian laut, kisah-kisah mistik ini terus diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Bagi sesetengah orang, ia sekadar cerita rakyat untuk menakut-nakutkan anak kecil. Namun bagi mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman aneh di tengah lautan, kisah-kisah ini bukan sekadar mitos, tetapi peringatan bahawa laut menyimpan lebih banyak rahsia daripada yang kita sangkakan. 

Must-Watch Video

Advertisement