Sekilas
- Kamal Adli membaca semua komen positif yang memberi semangat kepadanya terutama dari peminat yang memahami situasi dirinya.
- Dia mengakui tidak sekuat yang disangka tetapi perlu kuat demi anak perempuannya, Hawra Uqaira.
- Kamal juga menyatakan rasa sayang kepada semua peminat, termasuk yang membenci dirinya, dan menerima sokongan berterusan dari wargamaya.
Pelakon Kamal Adli memberitahu dia membaca semua komen positif terutama yang memberi semangat terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Kamal mengakui dia tidak sekuat yang difikirkan namun terpaksa menjadi kuat demi anak perempuannya, Hawra Uqaira.
“Saya baca setiap komen positif korang. Terima kasih sangat! Yang bagi semangat, yang faham situasi, yang bijak berbelanja, yang tahu menangkuk di air keruh, yang hensem dan cantik.
“Saya tak kuat pun. Tapi kena nmpk kuat sebab Hawra pandai stalk saya,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Kamal juga menzahirkan rasa sayang terhadap semua peminat yang menyokong dan juga yang membenci dirinya.
Jujur… saya sayang korang semua. Yang benci saya pun saya sayang. Dari benci boleh jadi sayang kan,” kongsinya.
Rata-rata wargamaya berterusan memberi kata-kata semangat kepada Kamal.
Untuk info, Kamal sah bercerai dengan bekas isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose dengan sekali lafaz pada 12 Januari lalu.
Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.
Sumber - Threads