Skip to main content

Hiburan

Danial Chuer Luah Rasa Rindu Pada Arwah Bapa - “Pasti Dia Seronok Lihat Perkembangan Saya”

Danial Chuer

Sekilas

  • Danial Chuer meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah bapanya menerusi ciapan di aplikasi Threads.
  • Dia berkongsi kerinduan untuk berbual dan menunjukkan kebolehan muziknya kepada arwah bapanya yang pasti akan gembira melihat perkembangan terkininya.
  • Danial turut mendoakan agar roh bapanya, Allahyarham Chuer Niang yang meninggal dunia pada 18 November 2024, dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga.

Penyanyi Danial Chuer meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah bapanya menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.

Menerusi perkongsian tersebut, Danial memaklumkan bahawa dia sangat merindui beberapa momen seperti berbual serta menunjukkan kebolehan dalam bidang muzik kepada arwah bapanya.

“Saya rindu sangat pada Daddy, rindu nak berbual dan tunjuk kebolehan saya dalam muzik.

“Pasti dia akan seronok melihat perkembahan terkini saya,” luah Danial.

Di akhir ciapan, bekas peserta Big Stage ini menitipkan doa agar roh arwah bapanya dicucuri rahmat.

“Semoga Allah tempatkan Daddy di dalam syurga, amin,” tambah Danial.

Sekadar info, bapa kepada Danial iaitu Allahyarham Chuer Niang meninggal dunia pada 18 November 2024 yang lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Must-Watch Video

Advertisement