Penyanyi, Amir Hasan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa masih belum menerima bayaran gaji daripada beberapa syarikat yang pernah bekerjasama dengannya.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Amir secara terbuka menamakan pihak-pihak terlibat yang masih membuat pembayaran kepadanya.
“First yang tak bayar gaji aku adalah Datuk * & isterinya. Syarikat… kedua-dua tak bayar gaji.
“Kedua dan ketiga, sabar jap,” tulisnya.
Sebelum ini, Amir juga pernah menyuarakan isu sama apabila mendakwa terdapat tiga buah syarikat yang masih belum melunaskan bayaran gajinya sehingga kini.
“Ada tiga company yang tak bayar gaji aku lagi. Semoga hati tak tenang di penghujungnya. Ingat, kaya tak semestinya boleh palatao,” luah Amir.
Sumber: Threads Amir Hasan