Skip to main content

Hiburan

Dah Lama Tak Berlakon Drama, Mimi Lana 'Nervous' - "Drama Ni Tak Ada Curang-Curang..."

Mimi Lana

Pelakon, Mimi Lana menyorot perhatian peminat selepas mengumumkan akan terlibat dalam satu drama sempena bulan ramadan akan datang.

Menerusi satu hantaran di Threads, Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin,30, mengakui sedikit gementar kerana sudah lama tidak terlibat dalam mana-mana drama tv.

“Lamanyaaaa rasa tak buat drama. Jumpa Ramadan nanti okay? Nervous la,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama tersebut adalah Kamal Adli dan Nadia Brian.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Syafiq Kyle itu juga memberi banyangan bahawa drama lakonannya ini agak berbeza dengan genre yang sering ditayangkan sekarang.

Menurutnya, naskhah tersebut tidak mengetengahkan elemen kecurangan, sebaliknya diharap mampu memberi ketenangan dan kesan positif kepada penonton.

“Drama ni tak ada curang-curang. Harapnya sejuk sikit hati semua orang bulan Ramadan nanti,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk melihat Mimi kembali berlakon dalam drama selepas sekian lama tidak terlibat dalam mana-mana naskah. 
 

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement