Skip to main content

Hiburan

Dah Bincang Dengan ‘Kawan Wanita’, Hisyam Hamid Setuju Jauhkan Diri Demi Elak Fitnah - “Saya Kurang Selesa…”

xgr

Sekilas

  • Hisyam Hamid memilih untuk menjaga jarak dengan wanita bagi mengelakkan salah faham dan gosip tidak benar.
  • Dia kurang selesa dengan dakwaan bercinta yang sering dikaitkan dengannya dan mahu melindungi perasaan anak-anaknya.
  • Hisyam akan kembali berlakon dalam filem aksi Black Ops: Operasi Serigala yang diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Pelakon Hisyam Hamid memilih untuk menjaga jarak dengan mana-mana wanita bagi mengelakkan salah faham serta spekulasi yang boleh mencetuskan gosip tidak benar.

Menurut Hisyam, keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama individu berkenaan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjarakkan diri demi mengelakkan dakwaan atau khabar angin yang tidak diingini.

“Sebenarnya kami sudah lama kawan, anak-anak pun mengenalinya sama seperti mereka kenal kawan saya yang lain. Kami selesa bersahabat.

“Tiada yang berbeza pun dalam persahabatan kami ini. Cuma apabila khabar angin (bercinta) mula diperkatakan, kami menjarakkan diri,” katanya.

Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Black Ops: Operasi Serigala, pada Selasa. 

Tambah pelakon berusia 40 tahun itu, dia kurang selesa dengan gosip yang sering mengaitkan dirinya dengan mana-mana wanita.

“Bukan baru sekali dua saya didakwa bercinta. Apa pun, saya kurang selesa dengan gosip begini. Mungkin orang lain boleh terima, tetapi tidak saya,” ujarnya.

Atas sebab itu, Hisyam memilih untuk tidak terlalu rapat dengan mana-mana wanita bagi mengelakkan salah faham yang boleh menimbulkan spekulasi.

“Anak-anak pun makin besar. Sebagai ayah, saya rasa tak seronok kalau mereka baca gosip macam ini. Kenalah jaga perasaan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hisyam bakal kembali ke layar perak menerusi filem aksi Black Ops: Operasi Serigala arahan Syafiq Yusof.

Selain Hisyam, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon popular antaranya Sharnaaz Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Andy Teh dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement