Skip to main content

Hiburan

‘Cover’ Lagu Jom Raya Bersama Daiyan Trisha, Nyanyian Amir Ahnaf Dapat Pujian Netizen - “Boleh Nyanyi Rupanya…”

Amir Ahnaf

Sekilas

  • Pelakon Amir Ahnaf mendapat pujian selepas video cover lagu ‘Jom Raya’ bersama penyanyi asal, Daiyan Trisha, tular di media sosial.
  • Mereka kelihatan santai menyanyikan lagu tersebut sambil duduk di atas kerusi dengan pakaian berona putih.
  • Netizen memuji kelunakan suara Amir dan berharap mereka akan buat lebih banyak kolaborasi cover lagu bersama.

Pelakon, Amir Ahnaf meraih pujian selepas video dirinya yang menyanyikan semula (cover) lagu ‘Jom Raya’ bersama penyanyi asal, Daiyan Trisha tular di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat Daiyan di Instagram, mereka yang mengenakan baju berona putih dilihat begitu santai menyanyikan semula lagu tersebut sambil duduk di atas kerusi.

“Enjoy persembahan kami. Terima kasih kepada Amirul Ahnaf dan team SOG atas sokongan yang diberikan,” tulis Daiyan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Amir mempunyai kebolehan untuk menyanyi.

Warganet kemudiannya memuji kelunakan suara Amir dan berharap pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu akan melakukan lebih banyak lagi cover bersama Daiyan kerana berasakan suara mereka sangat sesuai untuk digandingkan bersama.

Sumber: Instagram Daiyan Trisha

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Must-Watch Video

Advertisement