Skip to main content

Hiburan

“C*laka Siapa Yang Pertikai Wanita ke Gaza! Jijik, Bodoh Sombong” - Janna Nick

janna

Pelakon dan pengacara, Janna Nick berang apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan penyertaan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Janna secara lantang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif dan biadab terhadap usaha mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi membantu rakyat Palestin.

Advertisement

“Celaka la siapa yang pertikaikan kenapa perempuan pergi! Bodoh nak mampus. Siapa komen negatif pasal perjuangan para aktivis ni semua… korang memang bodoh!” tulisnya.

fsf

Tambah Janna, mereka yang tidak mampu menyumbang atau terlibat dalam misi seumpama itu seharusnya tidak memandang rendah terhadap pengorbanan orang lain.

“Kalau tak mampu nak buat kebaikan, jangan pertikai usaha dan pengorbanan orang lain. Kau ingat dorang buat siaran langsung dekat TikTok tu seronok-seronok ke?” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu turut menyindir golongan yang berfikiran sempit dan suka memperlekehkan usaha orang lain.

“Kalau dulu ada makcik cakap, ‘saya tak boleh duduk dengan orang B40.’ Hari ini saya nak cakap, ‘saya tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bodoh sombong!’ Tolonglah… jijik!” katanya lagi.

Terdahulu, misi GSF yang disertai lebih 200 aktivis kemanusiaan termasuk beberapa sukarelawan dari Malaysia telah dipintas tentera Israel di Laut Mediterranean, mencetuskan kebimbangan ramai pihak termasuk keluarga dan masyarakat dunia.

Bagaimanapun mereka telah selamat keluar dari Israel dan tiba di Istanbul malam tadi selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement