Skip to main content

Hiburan

Cinta Masih Utuh, Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak - "Biarlah Orang Nak Buat Spekulasi..." 

Yusuf Bahrin

Pelakon, Yusuf Bahrin menafikan spekulasi rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana sedang bergolak. 

Menurut Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dia sendiri tidak pasti punca sebenar timbulnya spekulasi yang mengatakan perkahwinan mereka dikatakan bermasalah. 

"Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okay (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah. 

"Saya pun tak faham kenapa spekulasi (konflik rumah tangga) itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama di media sosial.

"Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okay, dia (Zizi) okay tak ada masalah," katanya kepada  Gempak. 

Yusuf berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu. 

Tambah Yusof, dia dan Zizi sebenarnya sama-sama bersetuju untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga di sosial media. 

"Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja. 

"Saya lebih selesa begini. Awal-awal dulu bila timbul gosip macam ini kita terkejut juga tetapi lama-lama sudah terbiasa dan tidak menjadi masalah untuk saya. 

"Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting saya okay tak perlu risau," ujarnya. 

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa bagaimanapun memberitahu dia menghargai keprihatinan orang ramai yang sentiasa mengambil berat tentang kisah mereka dan memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri. 

"Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat. 

"Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja. 

"Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan," luahnya. 

Terdahulu, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing. 

Pun begitu, Zizi berkata hubungan rumah tangga adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan tidak perlu dijadikan tatapan umum. 

Sekadar info, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Must-Watch Video

Advertisement