Skip to main content

Hiburan

Chef Wan Lega, Serina Menang Kes Saman Fitnah - “Alhamdulillah..”

Serina

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa syukur selepas anaknya yang juga pelakon, Serina Redzuawan memenangi kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas suami iaitu Gavin Edward bersama isterinya yang kini.


Menurut Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, kemenangan tersebut menjadi bukti bahawa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

"Alhamdulillah, kami berdua menang saman difailkan oleh bekas suami Serina dan isterinya yang mendakwa kami menfitnah mengenai hubungan sulit mereka semasa tempoh perkahwinan," tulisnya.

Chef Wan turut menjelaskan bahawa tuduhan terhadap dirinya sebelum ini amat berat, termasuk dakwaan tidak berasas kononnya dia mempunyai kecenderungan tidak senonoh terhadap cucunya.

Tambah Chef Wan, perkara-perkara kecil yang berlaku di rumah turut dijadikan alasan untuk menyerang reputasinya.

Advertisement


“Saya juga pernah dituduh mempunyai kecenderungan ke arah pedofilia hanya kerana melihat kemaluan cucu saya yang digigit semut ketika dia mengadu sakit. Dia hanyalah budak kecil, tentu saja saya tengok dan arahkan pembantu rumah serta pemandu bawa ke klinik.Cerita itu pula dijadikan bahan saman.

“Cucu-cucu saya tengok TV dan tertidur di katil saya pun dijadikan modal untuk menggambarkan saya sebagai datuk yang tidak bertanggungjawab. Semua perkara ini kami jelaskan di mahkamah dengan bukti yang jelas dan akhirnya mahkamah berpihak kepada kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan juga menyatakan bahawa dia dan Serina kini akan mengambil tindakan menyaman balas pihak berkenaan atas segala kerugian dan rasa malu yang dialami.

 

“Kami akan saman balik untuk semua kerugian, rasa malu dan kos guaman.Sudah berkali-kali mahkamah mendapati mereka bersalah, tapi masih juga mahu menegakkan benang yang basah.

“Anak pun dah hampir 16 tahun. Saya sendiri pun bosan ke mahkamah, apatah lagi nak tengok muka mereka. Semua ini membuang masa dan tenaga  malah membazir duit pembayar cukai. Saya harap ini yang terakhir dan saya boleh teruskan hidup dengan tenang,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement