Sekilas
- Che Sayang Kitchen, dikenali dengan personaliti ceria dan tutur kata lembut, sering menjadi pilihan selain Khairul Aming dalam dunia masakan.
- Abdul Qayyum Halid atau Che Sayang berkongsi foto throwback pertama kali bertemu Khairul Aming pada tahun 2024 di platform Threads.
- Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan komen lucu dan menghiburkan.
Sebut sahaja mengenai masakan, antara nama yang sering menjadi pilihan selain Khairul Aming adalah Che Sayang Kitchen.
Personalitinya yang ceria, sering tersenyum dan tutur kata yang lembut membuatkan ramai yang suka menonton video masakannya.
Baru-baru ini, Che Sayang atau nama sebenanrnya Abdul Qayyum Halid telah memuat naik satu foto ‘throwback’ kenangannya bersama Khairul Aming untuk berkongsi momen tersebut bersama pengikutnya di platform Threads.
Menurut Che Sayang, foto berkenaan diambil ketika pertama kali bertemu figura kesayangan negara itu.
“Okay anak-anak, ini throwback first time jumpa cikgu KA depan depan tahun 2024.
“Masa ni homework tak banyak lagi. Cikgu pun baru masuk kerja,” tulisnya.
Foto tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen lucu.
Berikut merupakan perkongsian penuh Che Sayang:

Sumber: Threads @chesayangkitchen