Skip to main content

Selebriti

Cef Wan Dipuji Netizen, Tak Pernah ‘Condemn’ Masakan Tetamu - “Dia Cakap Nak Belajar Juga…”

Chef Wan

Sekilas

  • Datuk Chef Wan terkenal dengan sikap rendah diri dan keterbukaan menerima perbezaan serta pendapat dalam dunia kulinari.
  • Chef Wan tidak pernah memperlekehkan masakan tetamu malah menunjukkan minat untuk belajar teknik baharu.
  • Program Dapur Bapak Bapak menampilkan Datuk Chef Wan, Datuk Ramli MS dan Datuk Jalaluddin Hassan, disiarkan setiap malam jam 10 di Astro Prima dan Astro One serta boleh distrim di sooka.

Nama Cef selebriti iaitu Datuk Chef Wan sememangnya tidak asing dalam dunia kulinari tanah air.

Namun di sebalik kepakaran dan reputasinya sebagai cef selebriti terkenal, apa yang mencuri perhatian netizen adalah sikap rendah diri dan keterbukaannya dalam menerima perbezaan serta pendapat.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai @ayufieda di platform Threads, dia memuji sikap Cef Wan yang disifatkan tidak berubah sehingga kini.

Menurutnya, setiap kali Cef Wan menjadi hos dan menjemput tetamu memasak, dia tidak pernah memandang rendah atau memperlekehkan hasil masakan orang lain.

Sebaliknya Cef Wan memilih untuk menghargai usaha dan kreativiti yang ditampilkan.

“Chef Wan tu dari dulu sampai sekarang, kalau dia yang jadi host, jemputan yang masak, tak pernah dia condemn masakan orang tu.

“Aku ingat dulu Afdlin Shauki masak telur ke ape tah, letak twisties. Chef Wan kagum ye,” coret individu tersebut.

Terbaharu, menerusi program Dapur Bapak Bapak, individu itu juga menyatakan Chef Wan masih menampilkan sikap sama.

Sebagai contoh, dalam satu episod, maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram meletakkan sedikit air ke dalam campuran telur dadar sebelum dimasak.

Walaupun terkejut dengan teknik tersebut, Chef Wan tidak memperlekehkan, malah menyatakan keterbukaan untuk mempelajari kaedah berkenaan.

“Now in Dapur Bapak Bapak, dia masih begitu juga. Even Datuk Ramli MS letak air dalam telur dadar, dia terkejut.

“Tapi dia cakap dia nak belajar jugak (tapi memang ada orang masak gini).  Raikan lah perbezaan,” tulisnya.

Selain Cef Wan, Datuk Ramli MS dan Datuk Jalaluddin Hassan juga terlibat dalam program Dapur Bapak Bapak.

Jangan lupa saksikan program Dapur Bapak Bapak bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS dan Datuk Chef Wan, 10 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro One atau strim di sooka.


Sumber: Threads @ayufieda

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Must-Watch Video

Advertisement