Skip to main content

Selebriti

Catriona Ross Beri Ucapan Menyentuh Hati, Syukur Dikurniakan Anak Istimewa - “Saya Belajar Tentang Sabar, Kekuatan & Kasih Sayang Tanpa Batas”

Catriona anak istimewa

Sekilas

  • Catriona Ross bersyukur dikurniakan seorang anak istimewa yang dianggap sebagai anugerah paling bermakna dalam hidupnya.
  • Melalui pengalaman membesarkan anaknya, Catriona belajar tentang kesabaran, kebaikan, kekuatan, dan kasih sayang tanpa batas.
  • Dia juga meluahkan rasa sayang dan syukur kerana menjadi ibu kepada anaknya yang indah dan luar biasa itu.

Pelakon, Catriona Ross meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak istimewa yang disifatkan sebagai anugerah paling bermakna dalam hidupnya.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Catriona berkata kehadiran anak istimewa itu bukan sahaja membawa kebahagiaan, malah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan dan menjadi insan yang lebih baik.

“Tuhan anugerahkan seorang anak yang luar biasa dan tanpa sedar, dia juga menjadi guru terbaik dalam hidup saya.

“Melaluinya, saya belajar tentang kesabaran, kebaikan, kekuatan dan kasih sayang yang tidak mengenal batas.

“Setiap hari ada pelajaran baharu dan setiap hari dia menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik daripada semalam,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Catriona turut meluahkan rasa sayang kepada anaknya itu.

“Selama-lamanya saya bersyukur kerana menjadi ibumu. Beautifully Autistic,” tulisnya.

Sekadar info, Catriona berkahwin dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.

Selain Jammal Raees, pasangan itu memiliki sepasang lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania, dan Edruce Riyadh.

Anda mungkin berminat dengan

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Must Watch Video

Advertisement