Skip to main content

Hollywood

Cardi B Nafi Cakar, Ludah Pengawal Keselamatan

CARDI_B

Penyanyi Cardi B menafikan telah melakukan keganasan iaitu menyerang dan mencakar pipi seorang pengawal keselamatan selepas bertengkar dalam insiden yang berlaku pada tahun 2018 lalu.

Pertuduhan itu dibuat oleh Emani Ellis yang membawa kes mereka ke mahkamah. Pengawal keselamatan itu mendakwa rapper berasal dari Amerika Syarikat itu telah membuat bahagian pipinya berparut selepas dicakar Cardi B.

Advertisement

Ellis mendakwa pemilik lagu Bodak Yellow itu memiliki kuku yang panjang sekitar 7.5 sentimeter sewaktu insiden berlaku di hadapan sebuah klinik obstetrik di Los Angeles. Dia juga mendakwa turut diludah Cardi B. Insiden tersebut membuat dirinya trauma, justeru dia menghantar saman sivil kepada penyanyi itu, lapor BBC.

Cardi B bagaimanapun menafikan telah mencederakan Ellis dalam insiden tersebut. Namun dia mengaku berlaku ‘perang mulut’ di antara mereka selepas mendakwa pengawal keselamatan itu menceroboh privasi dengan merakam dirinya yang baru usai membuat pemeriksaan kehamilan di pusat tersebut.

“Saya tidak sentuh dia. Kami hanya bertengkar. Dan saya tegaskan sekali lagi, langsung tidak berlaku sentuhan pada waktu itu,” ujar Cardi B.

Ellis sebelumnya memberitahu mahkamah dia teruja apabila melihat Cardi B di bangunan tempatnya bekerja, namun menafikan telah merakam pergerakan selebriti itu.

Dia juga memberi keputusan pemeriksaan luka pada bahagian pipi yang dilabelkan pakar sebagai sangat sensitif sehingga meninggalkan kesan sebagai bukti kepada mahkamah.

Pengawal keselamatan itu menyaman Cardi B dua tahun selepas insiden berlaku iaitu pada 2020 kerana mendakwa mengalami tekanan emosi dan salah anggap khalayak terhadapnya.

Must-Watch Video