Skip to main content

Gaya Hidup Lelaki

Cakra Khan Pilih Rebus & Bakar, Badan Lebih Ringan & Sihat Tanpa Makanan Bergoreng - “Tak Perlu ‘Skincare’ Aneh, Semakin Tua Saya Ingin Hidup…”

Cakra Khan

Sekilas

  • Cakra Khan berkongsi amalan gaya hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan minyak, gula, dan garam dalam pemakanan harian.
  • Beliau mengamalkan memasak secara rebus, stim, grill atau bakar serta memastikan cukup bersenam untuk kesihatan yang lebih baik.
  • Cakra berharap dengan gaya hidup sihat ini, dia dapat kekal cergas dan terus menyanyi walaupun usia semakin meningkat.

Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan berkongsi amalan gaya hidup sihat yang diamalkan demi memastikan kesihatannya sentiasa terjaga seiring dengan peningkatan usia.

Menerusi perkongsian di Threads, Cakra berkata perubahan kecil dalam pemakanan dan rutin harian memberi impak besar terhadap kesihatan dirinya secara keseluruhan.

“Harus diakui dengan mengurangkan minyak, mengurangkan gula dan garam, meski kadang kala segala kurang rasa.

“Semua pindah ke rebus dan steam, gril atau bakar dan olahraga yang cukup,” kongsinya.

Tambahnya Cakra lagi, meskipun perubahan tersebut membuatkan rasa makanan sedikit berbeza, namun manfaat yang diperoleh jauh lebih berbaloi apabila tubuh terasa lebih ringan dan segar.

“Badan lebih ringan dan tak perlu skincare aneh aneh. Makanan bergoreng, bukannya aku tidak mencintai mu.

“Tetapi semakin tua, aku ingin hidup lebih lama dan at least masih boleh nyanyi sampai berusia, kalau diizinkan umur panjang,” kongsinya.

Sumber: Threads @cakra.khan

Anda mungkin berminat dengan

SHELLTART DANISYA 60pcs

SHELLTART DANISYA 60pcs

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement