Skip to main content

Hiburan

“Bukan Mudah Jadi ‘Public Figure’, Bila Pertahankan Diri Dilabel Rempit Pula” - Izara Aishah

Izara Aishah

Pelakon, Izara Aisha akui tidak mudah untuk menjadi seorang ‘public figure’, lebih-lebih lagi apabila perlu berhadapan dengan kritikan dan kecaman di media sosial.

Menurut Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, setiap tindakan seorang ‘public figure atau selebriti ini sering disalah tafsir termasuk apabila mereka cuba mempertahankan diri daripada gurauan berunsur sindiran dan perbuatan buli siber.

“Bila kita jadi seorang figura awam nak mempertahankan diri, membalas gurauan orang yang memperlekehkan kita atau membalas kenyataan pembuli, kita pula yang diserang balik.

“Malah, selebriti pula yang dilabel sebagai ‘rempit’,” katanya.

Luahan itu dibuat sebagai reaksi terhadap tanggapan masyarakat yang sering meletakkan kesalahan kepada selebriti atau individu dikenali walaupun mereka sebenarnya menjadi sasaran awal buli atau provokasi.

Dalam pada itu, Izara turut berkongsi pengalaman peribadinya apabila sering menerima pelbagai label negatif hanya kerana memberi respons terhadap individu yang membulinya.

“Saya pun pernah dilabel riak, rempit, tak ‘classy’, flexing, penunggang dan macam-macam lagi bila membalas kepada yang membuli. Selalunya, mereka yang akan ‘cucuk’ dulu, kemudian bila kita respons sedikit, mereka mula ‘play victim’.

“Mereka gunakan alasan kita ni ‘kaya’ atau ada ramai ‘pentaksub’ yang membackup. Lepas itu, netizen lain mula rasa simpati kepada individu yang memulakan serangan, kononnya mereka ‘bukan siapa-siapa’ atau ‘orang biasa’.

“Mulalah juga cakap bukan ‘level-level kita’ untuk kita respond. Perkara sebegini sudah dinormalisasikan,” Tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh pelakon cantik itu. 

Anda mungkin berminat dengan

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

Must Watch Video

Advertisement