Skip to main content

Hiburan

Bukan Mahu Tunjuk Baik, Mimi Lana Pilih Kejujuran Demi Ketenangan Hidup - “Saya Bukanlah Orang Yang…”

Mimi Lana

Sekilas

  • Pelakon Mimi Lana mengakui terlepas pandang membayar seorang jurusolek secara terbuka di Threads dan menerima pujian wargamaya.
  • Dia menegaskan bukan mahu menunjuk kebaikan tetapi memilih untuk bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan.
  • Mimi Lana berharap menjalani kehidupan yang tenang, jauh daripada toksik, dan percaya kebaikan sebenar ditunjukkan melalui tindakan.

Tindakan pelakon Mimi Lana mengakui dia terlepas pandang untuk membayar seorang jurusolek secara terbuka menerusi Threads mendapat pujian dalam kalangan wargamaya. 

 

Mengakui dirinya tidak sempurna dan melakukan kesilapan, Mimi bagaimanapun bukan mahu menunjukkan kebaikan sebaliknya hanya ingin menjadi seorang yang bertanggungjawab. 

 

“Saya bukanlah orang yang sempurna, dan saya juga melakukan kesilapan. Setiap hari, saya belajar dan berkembang. Saya percaya Allah SWT Maha Besar, dan kepercayaan itu membuatkan saya tetap teguh. 

 

“Saya tidak mahu membuktikan kebaikan saya atau menjadi mangsa dalam apa jua situasi. Saya memilih untuk bertanggungjawab, walaupun ia sukar,” katanya. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini juga mahu menjalani kehidupan yang tenang dan dijauhi daripada perkara tidak baik. 

 

“Saya memilih untuk melakukan kebaikan, walaupun saya disalahertikan atau disakiti. Saya membawa begitu banyak kasih sayang dalam diri saya.

 

“Saya ingin menjalani kehidupan ini dengan aman dan jauh daripada toksik. Saya percaya kebaikan sejati ditunjukkan melalui tindakan, bukan kata-kata,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement