Skip to main content

Hiburan

Bukan Gimik Lagu, Hantaran Di Threads Cuma Pengalaman Pengikut Fazley Yaakob - "Hampir 30-40 Orang Akan..."

Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan bahawa perkongsiannya di platform Threads merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran untuk lagu terbaharunya berjudul Tiga Kali.

Menurut Fazley, setiap hantaran yang dimuat naik adalah luahan berdasarkan pengalaman hidup serta perkongsian yang diterimanya menerusi mesej peribadi (DM) daripada pengikut.

“Sejujurnya tidak. Apa yang saya nyatakan dalam Threads biasanya adalah laluan hidup saya dan juga perkara yang saya baca daripada DM yang dihantar kepada saya.

“Saya nampak ramai yang terkesan dengan apa yang saya lontarkan dan saya harap kalau mereka terkesan, ambillah sebagai iktibar. Jangan anggap itu sebagai racun. Yang pahit itu tak semestinya racun dan yang manis bukan selamanya madu,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di program Ramadan Raya (RR) 2026: Jwanjih Kenyang baru-baru ini.

Pelantun lagu Asmara Ini itu juga akui dia sememangnya aktif di platform tersebut dan sering berinteraksi dengan pengikut.

Namun jelasnya, apabila dia menyentuh isu berkaitan wanita dan rumah tangga, ada pihak yang beranggapan ia berkait rapat dengan status dirinya yang kini 'single'.

“Saya memang aktif di Threads. Kalau lebih 12 jam saya tak muat naik apa-apa, hampir 30 hingga 40 orang akan DM dan tanya, ‘Bang, apa nak bincang hari ini? Bila saya sentuh banyak tentang perempuan, ada yang kecil hati. Mereka kata, mentang-mentang dah single, sekarang bercakap tentang perempuan. Saya jawab, itu satu keperluan.

“Tak ramai suami berani sentuh isu tentang isteri. Bila saya dah single, mungkin lebih mudah untuk saya bercakap tanpa kekangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley menegaskan lebih 50 peratus kandungan yang dikongsikannya adalah berdasarkan mesej yang diterima daripada pengikut. Sebenarnya, lebih daripada 50 peratus daripada apa yang saya tampilkan itu berdasarkan DM daripada orang kepada saya. Sebab itu kadang-kadang saya perlu buat ‘disclaimer’.

“Contohnya, bila saya bercakap tentang wanita yang tidak memasak di rumah, ramai yang terasa. Sedangkan itu adalah lontaran daripada ramai suami dalam Threads yang minta saya suarakan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement