Skip to main content

Hiburan

Bukan Disingkirkan! Senario Perjelas Isu Pak Ya Tak Jadi Duta Jakel, Lan Pet Pet Dedah Klien Hanya Mahu Barisan ‘Original’ - “Kami Dah Cuba Pujuk...”

gh

Sekilas

  • Senario jelaskan ketiadaan Ilya Buang atau Pak Ya dalam kempen pakaian raya Jakel adalah atas permintaan klien yang mahu hanya ahli asal Senario terlibat.
  • Keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara anggota Senario dan pihak Jakel, dengan Pak Ya tidak tersenarai dalam kontrak awal kempen tahun ini.
  • Senario telah berjumpa dan jelaskan situasi sebenar kepada Pak Ya bagi mengelakkan salah faham berhubung isu tersebut.

Kumpulan lawak Senario tampil menjelaskan isu ketiadaan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya daripada menjadi duta kempen pakaian raya Jakel selepas timbul spekulasi mendakwa wujud masalah dalaman antara mereka.

Menurut salah seorang anggotanya, Lan Pet Pet, keputusan itu dibuat atas permintaan pihak klien yang hanya mahu menampilkan barisan anggota asal Senario.

“Mereka (pemilik Jakel) ada 11 adik-beradik. Selepas berbincang akhirnya masing-masing mencapai kata sepakat untuk memilih ahli Senario yang original sahaja iaitu lima anggota asal iaitu Lan, Azlee, Apek, Yasin dan Wahid.

“Sebelum tandatangan kontrak, kami antara Senario pun ada berbincang dan sudah pun pujuk. Tapi itu yang mereka mahu.

“Jadinya, kami yang ahli asal pergi jumpa Pak Ya dan perjelaskan perkara sebenar. Dakwaan singkirkan Pak Ya tidak benar,” katanya.

Lan berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet and Greet Senario, Cik Epal dan Ammar bersama peminat yang berlangsung di Jakel Melaka, pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi anggota Senario, Wahid turut mengulas mengenai spekulasi yang tercetus dan menjelaskan bahawa nama Pak Ya sememangnya tidak tersenarai dalam kontrak awal kempen raya tahun ini.

“Cerita sebenar untuk kempen raya tahun ini nama Pak Ya memang tiada. Namun kami telah menggantikan tempat salah seorang anggota kami iaitu Yasin yang tiada atas sebab tertentu.

“Kebetulan rezeki Pak Ya, Apek juga yang cadangkan nama Pak Ya untuk menggantikan tempat Yasin. Kontrak untuk kempen 2025 asalnya memang tiada nama Pak Ya,” jelasnya.

Difahamkan, pihak Senario juga telah menjelaskan situasi sebenar kepada Pak Ya bagi mengelakkan sebarang salah faham atau kekeliruan berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Senario mempunyai masalah dengan Pak Ya apabila wajah pelawak itu tidak kelihatan dalam kempen pakaian raya Jakel bagi tahun 2026, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement