Pelbagai spekulasi yang timbul melibatkan usahawan sensasi Prince Syed dan isterinya, Fatin Syazwani yang didakwa berdepan masalah kesihatan selepas melakukan pembedahan bariatrik.
Advertisement
Isteri Prince Syed juga ada membuat siaran langsung di TikTok pada Isnin bagi menjelaskan mengenai dakwaan yang mengatakan dia dipaksa oleh suaminya untuk melakukan pembedahan itu.
Bagaimanapun, netizen mendakwa Fatin seakan-akan membuat isyarat ‘SOS’ menggunakan tangannya ketika membuat live di TikTok.
“Tangan itu macam buat sign SOS je.
“Isyarat SOS itu, tolong sesiapa selamatkan dia.
“Tangan dia itu macam minta tolong,” komen beberapa netizen.
Namun ada juga netizen beranggapan Fatin tidak dipaksa oleh suami atau mana-mana individu seperti yang didakwa malah isteri Prince Syed itu sendiri yang merelakan diri untuk melakukan pembedahan tersebut.
