Skip to main content

Hiburan

Buang Silikon & Tatu, Nilam Ortiz Nak Bersih Menghadap Allah - “Kalau Saya Berani Buat, Kena Berani Buang”

Nilam Ortiz

Sekilas

  • Nilam Ortiz menjalani pembedahan membuang silikon lama di hidungnya selepas menunda prosedur itu kerana kehamilan.
  • Dia juga dalam proses membuang tatu sebagai usaha untuk menjadi insan lebih baik selepas menunaikan umrah tahun lalu.
  • Nilam mengakui prosedur tersebut sangat sakit dan dilakukan di luar negara, serta sudah pun bercerai dengan Azlan Komeng tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Sebagai sebahagian proses untuk mengubah diri menjadi lebih baik, pempengaruh dan usahawan, Nilam Ortiz tekad menjalani pembedahan bagi membuang silikon lama yang pernah dimasukkan ke dalam hidungnya, beberapa bulan yang lalu.

Menurut Nilam, prosedur tersebut hanya dapat dilakukan dengan sempurna beberapa bulan yang lalu selepas dia terpaksa menunda sebelum ini kerana sedang hamil.

“Saya bukan buat hidung tetapi saya buang silikon. Kalau perasan, bahagian dagu dan hidung saya ada semua parut.

“Baru beberapa bulan yang lalu dibuang. Tahun lepas ada buat tetapi doktor tak boleh buang sepenuhnya sebab saya tengah mengandung. Jadi bila dah bersalin, baru buang kesemuanya.

“Jadi sekarang ni, saya tak kisah apa orang cakap sebab saya dalam proses untuk pembersihan,” katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, Nilam berkongsi bahawa dia turut dalam proses untuk membuang tatu yang pernah dicacahnya satu ketika dahulu.

Ujarnya, semuanya bermula selepas dia selesai menunaikan umrah November tahun.

“Saya mengambil langkah bukan sahaja membuang silikon tapi saya hampir membuang kesemua tatu-tatu saya.

“Saya cuba nak menjadi manusia lebih baik, sebab itu sekarang ini saya kurang lantang, tak fokus kepada orang tetapi lebih fokus kepada diri, anak dan keluarga saya.

“Saya dapat satu benda yang baru ketika menunaikan umrah tahun lalu. Bila saya pergi Makkah, saya dapat banyak benda yang baik-baik Allah bagi pada saya. Jadi, saya nak ‘bersih’ bila menghadap Allah.

“Sebelum ini badan saya ada tatu, silikon jadi saya nak ubah. Ada yang kata pada saya tak perlu sebab sakit tetapi pada saya, kalau saya berani buat, saya kena beranilah buang. Sakit waktu buat, lebih baik kita sakit waktu kita buang. Itu saya punya pandanganlah,” ujarnya.

Berkongsi mengenai prosedur yang dilakukan, bekas isteri kepada pelakon, Azlan Komeng ini mengakui ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan.

“Sangat sakit dan saya memilih untuk ditidurkan sepenuhnya dan sebenarnya saya buat bukan di Malaysia. Bila buat di san memang tandatangan surat meninggal dan sebagainya.

“Waktu itu memang dah reda tapi dalam masa yang sama saya takut. Saya takut sampai minta maaf dengan semua orangZ

“Tapi itulah, setiap benda yang kita buat, kita perlu bertanggungjawablah dan saya memilih untuk bertanggungjawab sepenuhnya dengan tindakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Nilam mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan Azlan Komeng namun memilih untuk berkongsi secara terperinci mengenai tarikh mahupun punca sebenar perpisahan itu.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada September tahun lalu.

Nilam juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang kini berusia enam tahun.

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement