Skip to main content

Hiburan

Brooklyn Buang Tato Khusus Buat Beckham

Brooklyn

Selepas mengejutkan peminat menerusi kenyataan tidak ingin berbaik semula dengan keluarganya, Brooklyn kini dikatakan mula ‘membuang’ satu persatu.

Terkini, anak sulung kepada pasangan Beckham dan Victoria didakwa telah membuang tulisan Dad dan nama panggilan sempena kelahirannya, ‘Love you Bust’ dicacah pada tato jauh pada bahagian tangannya.

Hal itu terungkap menerusi foto yang dirakam The Sun yang menyaksikan perkataan tersebut telah dilaser buang.

Akhbar sama melaporkan tato sedia ada juga telah diubah suai dengan hanya ada tiga bentuk pada sauh yang dicacah.

Brooklyn, 26, baru-baru ini mendedahkan hidup dalam suasana toksik bersama Beckham dan Victoria menjadi salah satu punca dirinya tidak ingin berbaik semula dengan ibu bapanya.

Dia mendakwa ibu dan bapanya lebih mementingkan jenama Beckham dan berpura-pura mendapatkan perhatian sebagai keluarga sempurna terutama di media sosial.

Selain itu Brooklyn mengatakan ibunya telah menghancurkan banyak perancangan perkahwinan dengan isteri, Nicola Peltz, beberapa tahun lalu.

Pada saat hubungan kekeluargaan Brooklyn hancur, bapa mentuanya, Nelson menyifatkan lelaki itu sebagai menantu yang baik.

“Brooklyn seorang yang baik dan saya mendoakan rumah tangga dia bersama Nicola berpanjangan,” lapor Daily Mail.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement